Pemenang Loteri RM52.2 Juta Kini Kembali Bekerja Di Lombong Arang

Pemenang Loteri RM52.2 Juta Kini Kembali Bekerja Di Lombong Arang

Michael Carroll yang suatu ketika dahulu merupakan seorang pemenang loteri terkenal di Briain kini bekerja sebagai pelombong arang selepas berjoli £9.7 juta (RM52.2 juta) wang kemenangannya dengan membeli dadah, arak dan melanggan pelacur dalam tempoh 10 tahun.

Carroll yang kini menetap di Moray, Scotland membeli tiket loteri bertuah dengan harga £1 (RM5.38) pada 2002 ketika dia berusia 19 tahun dan bekerja sebagai pengutip sampah.

Kehidupannya berubah sekelip mata dan Carroll membelanjakan wangnya sesuka hati dengan membeli kereta mewah, melancong serta berpesta dadah, minuman keras serta melanggan pelacur.

Walaupun kini hidup dengan pendapatan £10 (RM54) sejam, Michael Carroll tidak pernah kesal dan menganggap 10 tahun itu sebagai yang terbaik dalam hidupnya.

“Saya tidak memandang ke belakang dan menyesal. Ia adalah 10 tahun yang penuh dengan kegembiraan,” katanya kepada Mirror Online.

Carroll juga mengaku sepanjang tempoh itu dia sudah tidur dengan kira-kira 4,000 perempuan.

Bagaimanapun, dia sempat memberi £4 juta (RM21.5 juta) kepada rakan dan keluarganya termasuk bapa dan ibu saudaranya yang menjaganya sejak kecil.

“Saya tidak mahu kembali semula ke zaman itu. Kehidupan saya kini lebih baik, saya bebas dan gembira kerana sudah dapat kembali kehidupan saya,” katanya.

Sumber: TheSun

Ikuti kami di :