Monyet Sakit Pergi Sendiri Kedai Ubat

Monyet Sakit Pergi Sendiri Kedai Ubat

Lucu dan luar biasa. Itu yang boleh digambarkan oleh seorang pemilik kedai ubat-ubatan di timur India kerana menerima kunjungan ‘pelanggan’ luar biasa pada minggu lalu.

Pemilik kedai ubat berkenaan Anajum Ajim yang kedainya terletak di Mallapur, daerah Birbhum di Bengal Barat terkejut selepas seekor monyet melompat ke atas kaunter dan seolah-olah mengadu ia sedang kesakitan dipercayai akibat bergaduh.

“Saya kemudiannya memberinya ubat tahan sakit bersama air. Monyet itu seperti kehausan kerana ia meminum tiga gelas air. Selepas itu, saya turut meletakkan ubat pada luka di bahu, kaki dan lehernya,” ujarnya.

Menurutnya lagi, monyet itu berehat selama sejam di atas meja di luar kedai ubat terbabit sebelum ia melompat dan meninggalkan premis tersebut.

Monirul Islam yang sempat merakamkan kejadian itu berkata, dia melihat kejadian itu agak menarik dan mencuit hati.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :