Bendera Malaysia Bintang 5: Malaysia Basketball Association Tampil Mohon Maaf

Bendera Malaysia Bintang 5: Malaysia Basketball Association Tampil Mohon Maaf

Sejak semalam telah tular di media sosial mengenai sekeping gambar yang memaparkan kesilapan imej bendera Malaysia yang dilihat mempunyai bintang bucu lima terpampang pada skrin di sebuah stadium tertutup dalam satu kejohanan bola keranjang.

Malah jalur gemilang juga dilihat hanya mempunyai 11 jalur pada imej berkenaan. Sejak video dan gambar berkenaan tular, ramai di kalangan pengguna media sosial mengecam tindakan pihak penganjur yang dilihat seolah lepas tangan dan tidak menjaga sensitiviti Jalur Gemilang.

Ada juga beranggapan ia bukan satu kesilapan malah ia seperti satu perkara yang disengajakan dan seolah-olah mencabar maruah dan kedaulatan negara.

Dalam satu respon yang di keluarkan pada jam 11 malam semalam, Malaysia Basketball Association dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebook telah menyatakan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

‘’ kami memohon maaf atas kesilapan yang berlaku, dan akan bertanggungjawab atas kesalahan tersebut”

Adalah diharapkan supaya kejadian seperti ini tidak perlu berulang lagi dimasa hadapan, kerana ia melibatkan maruah dan kedaaulatan negara.

Sangat penting juga bagi pihak penganjur untuk meneliti setiap aspek dalam penganjuran sukan yang melibatkan pertandingan diperingkat antarabangsa.

Sumber: Malaysia Basketball Association

Ikuti kami di :