Setem Ejen Ali Edisi Terhad

Setem Ejen Ali Edisi Terhad

Bersempena dengan filem animasi Ejen Ali The Movie, POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bekerjasama dengan Primeworks Studio dan WAU Animation untuk mengeluarkan siri setem Ejen Ali edisi terhad.

Ia adalah filem animasi Malaysia yang paling hangat ditayangkan di pawagam sejak 28 November 2019 dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa dua minggu.

Siri Setem Ku edisi terhad ini akan dijual pada harga RM35 setiap satu set yang terdiri daripada 10 keping setem, sampul surat, poskad dan folder menampilkan kesemua 10 watak utama dalam Ejen Ali The Movie.

Peminat boleh membeli set setem Ejen Ali mulai 18 Disember ini di 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara atau melalui kedai online , www.eziemall.com bawah pautan Setem & Koleksi.

Kepada yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai setem dan produk filateli lain, Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia boleh dihubungi melalui talian 03-2267 2267.

Ikuti kami di :