Anti Vaksin Adalah Golongan Paling Dibenci Di Media Sosial

Anti Vaksin Adalah Golongan Paling Dibenci Di Media Sosial

Dalam satu undian yang dilakukan oleh sebuah portal digital media terkenal dunia, VICE mendapati, anti-vaksin adalah golongan yang paling dibenci di media sosial. Undian dilakukan bagi tujuan melihat golongan mana yang paling tidak diminati oleh warganet.

Kajian VICE juga  bertujuan melihat kesan media sosial yang membawa kepada kebencian dan jelek pengguna terhadap sekumpulan manusia yang lain merangkumi semua kaum dan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Keputusan undian yang diterima oleh VICE amat mengejutkan tetapi sangat dekat dengan situasi di Malaysia iaitu golongan anti vaksin antara individu atau kumpulan yang amat dibenci oleh netizen.

Perkara ini membuktikan bahawa golongan ini sebenarnya telah wujud di banyak negara yang mensasarkan lokasi ibu mengandung dan media sosial

Dalam pada itu, badan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyatakan bahawa golongan anti-vaksin adalah antara ancaman kesihatan peringkat global sepanjang 2019.

Situasi di Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila seorang bayi tiga bulan disahkan menghidap penyakit polio dan ini merupakan kes pertama sejak tahun 1986.

Desakan untuk mewajibkan vaksin mula kedengaran dan ada juga cadangan supaya ibu bapa dihukum jika gagal menjalankan tanggungjawab kepada anak.

Walau apapun situasinya, ‘wabak’ golongan anti-vaksin wajib dibendung bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya jika gagal mengambil vaksin.

Sumber: Sinar

Ikuti kami di :