Anak Bruce Lee Saman Restoran China Guna Logo Tanpa Izin Sejak 15 Tahun

Anak Bruce Lee Saman Restoran China Guna Logo Tanpa Izin Sejak 15 Tahun

Bruce Lee Enterprises yang berpangkalan di California diketuai Shannon Lee, memfailkan kes terhadap Real Kungfu di mahkamah Shanghai hari ini dan meminta agar firma makanan berkenaan berhenti menggunakan imej Bruce Lee dan membayar kos guaman bernilai 88,000 yuan (RM51,800).

Firma berkenaan yang dikendalikan anak perempuan Bruce Lee bertindak menyaman restoran makanan segera China kerana menggunakan imej bintang kung fu itu dalam logonya tanpa izin sejak 15 tahun lalu dan memohon pampasan sebanyak 210 juta yuan (RM123.9 juta).

Ia turut mendesak rantaian makanan yang berpangkalan di Guangzhou itu untuk membuat penjelasan selama 90 hari dengan menyatakan logo itu tiada kaitan dengan Bruce Lee. Real Kungfu ditubuhkan pada 1990 dan mempunyai lebih 57 kedai di beberapa bandar di China.

Logo itu menunjukkan imej seorang lelaki memakai baju lengan panjang kuning yang kelihatan dan mirip seperti Bruce Lee serta gayanya yang bersedia untuk menyerang.

Real Kungfu menerusi akaun Weibo semalam berkata, ia bingung dengan tuntutan mahkamah kerana sudah menggunakan logo berkenaan sejak 15 tahun lalu, yang diluluskan oleh pihak berkuasa China.

Sumber: HarianMetro

Ikuti kami di :