Petisyen Mahukan Maszlee Kekal Menteri Dapat Sambutan 270K Tandatangan

Petisyen Mahukan Maszlee Kekal Menteri Dapat Sambutan 100K Tandatangan

Pada petang semalam Menteri Pendidikan Dr Maszlee dalam satu sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan yang berkuatkuasa 3 Januari 2020 dan menyerahkan kembali portfolinya kepada Perdana Menteri.

Dalam sidang itu, Maszlee juga meluahkan rasa kecewanya kerana selama 20 bulan mengemudi KPM, beliau dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

“Walau bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan media memaklumkan Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatanya sebagai Menteri Pendidikan pada Khamis.

Dr Mahathir juga memaklumkan akan mengumumkan pengganti Maszlee dalam sedikit masa lagi.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota Kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Petisyen tersebut telah mendapat lebih 200k tandatangan

Namun pada hari yang sama juga satu petisyen mendesak agar Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan dilancarkan petang semalam.

Klik Link Untuk Menandatangani Petisyen

Petisyen yang dilancarkan oleh oleh individu yang menamakan dirinya Tuah Kencana meletakkan sasaran awal 50,000 tandatangan.

Selepas tiga jam dilancarkan, petisyen tersebut telah mendapat lebih 70,000 tandatangan yang mahu Maszlee dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.

Pada jam 9.20 malam pula, petisyen tersebut telah meraih sebanyak 114,176 tandatangan dan masih terus menerima sokongan.

Setakat berita ini ditulis pada jam 9.30 pagi petisyen tersebut telah meraih sebanyak 274,314 tandatangan dan dijanga akan mencecah 300k tandatangan pada petang ini.

Dalam petisyen tersebut  dinyatakan,”keputusan (Maszlee) meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara.

“Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri pendidikan,” kata kenyataan itu.

Menurut petisyen itu lagi, usaha Maszlee sebagai menteri pendidikan “telah dibayangi dengan laporan-laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.”

Sumber: MalaysiaKini

 

Ikuti kami di :