Serangan Seksual Ke atas 190 Lelaki, Warga Indonesia Berhadapan Penjara Seumur Hidup

Serangan Seksual Keatas 190 Lelaki, Warga Indonesia Berhadapan Penjara Seumur Hidup

Warganegara Indonesia, Reynhard Sinaga, 36, dijatuhkan hukuman minimum 30 tahun penjara oleh Mahkamah Manchester Crown pada Isnin, kerana didapati bersalah memperdaya 48 lelaki untuk menjadi mangsa nafsu serakahnya.

Penjenayah seksual yang disifatkan paling keji di Britain dipenjara seumur hidup selepas didapati melakukan 159 kesalahan seksual, termasuk melakukan kes rogol sebanyak 136 kali, lapor portal berita BBC.

Polis berkata, mereka mempunyai bukti bahawa Reynhard menyasarkan sekurang-kurangnya 190 mangsa.

Suspek yang merupakan pelajar falsafah kedoktoran di University of Leeds itu sebelum ini telahpun dijatuhkan hukuman penjara minimum 20 tahun dalam dua perbicaraan yang dijalankan pada musim panas dan musim bunga pada 2018.

Dalam empat perbicaraan berbeza, Reynhard didapati bersalah melakukan 136 kes rogol, lapan cubaan merogol, 14 kesalahan seksual dan satu kes cubaan melakukan seks tanpa kerelaan terhadap 48 mangsa lelaki.

Tuduhan menyatakan suspek mengkhayalkan mangsanya sebelum melakukan serangan seksual dan turut merakamkan perbuatan terkutuk itu.

Dalam perbicaraan pada Isnin, Hakim Suzanne Goddard berkata, suspek memburu mangsa ketika mereka sedang meluangkan masa bersama rakan-rakan.

“Berdasarkan penghakiman saya, suspek adalah sangat bahaya. Suspek juga adalah seorang individu paling keji dan licik serta tidak selamat untuk dibebaskan,” jelasnya.

Reynhard dalam ‘pemburuannya’ dilaporkan akan menunggu mana-mana lelaki yang meninggalkan kelab malam sebelum cuba membawa mereka ke rumahnya di Montana House, Princess Street.

Suspek lazimnya membuatkan mangsa tidak sedar diri dengan memberikan mereka dadah, seterusnya memuaskan nafsunya terhadap mangsa. Kebanyakan mangsanya pula tidak mengingati apa yang terjadi selepas mereka sedarkan diri.

Reynhard sebelum ini berjaya ditahan pada Jun 2017 selepas pihak polis menerima laporan oleh salah seorang mangsa yang menyedarkan diri ketika suspek cuba merogolnya.

Pihak polis yang menahan suspek menemui bahan bukti iaitu ratusan rakaman kesalahan seksual yang dilakukannya.

Sumber: TheGuardian

Ikuti kami di :