Iran Mula Lancar Peluru Berpandu Ke Pengkalan AS Di Iraq

Iran Mula Lancar Puluhan Misil Ke Pengkalan AS Di Iraq

Iran mula melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) pada jam 5.30 malam Selasa waktu tempatan.

Antara yang menjadi sasaran misil ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara.

Serangan berkenaan disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan oleh Jonathan Hoffman, pembantu kepada Setiausaha Urusan Awam Pertahanan.

Namun, tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan itu dilaporkan setakat ini.

Setiausaha Akhbar White House Stephanie Grisham menerusi Twitter mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai serangan itu dan kini memerhati rapat situasi terkini sambil mendapat nasihat pasukan keselamatannya.

Susulan laporan mengenai serangan tersebut, harga minyak mentah dilapor meningkat hampir 4 peratus.

Pada Selasa, Setiausaha Pertahanan Mark Esper dalam satu taklimat menegaskan bahawa AS bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan yang dilancarkan Iran.

“Kepada rakan sekutu dan rejim Iran, saya ingin kata bahawa kami tidak ingin memulakan peperangan bersama Iran, namun kami bersedia untuk mengakhirinya,” kata Esper.

Ketegangan di antara AS dan Iran memuncak susulan pembunuhan jeneral tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani dalam serangan udara AS berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.

Sumber: BBC

Ikuti kami di :