
Sebuah pesawat Ukraine yang membawa 180 penumpang dilaporkan terlibat dalam nahas tidak lama selepas ia berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di selatan ibu negara Iran awal pagi tadi.
Pegawai Kanan Perhubungan Awam di lapangan terbang itu, Ali Khashani berkata, pesawat Boeing 737 tersebut yang dalam perjalanan ke Kiev itu terhempas di kawasan Parand sebuah bandar di daerah Robat Karim.
Sementara itu, agensi berita Fars melaporkan siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada masalah teknikal. – Agensi
Sumber: CNN
Ikuti kami di :