Tuna Sirip Biru Dilelong Pada Harga RM7.4 juta

Seekor ikan tuna sirip biru berjaya dilelong pada nilai 193.2 juta Yen (RM7.4 juta) dalam satu sesi lelongan sulung bagi tahun 2020 di pasar ikan Toyosu di Tokyo, Jepun.

Reuters yang memetik stesen penyiaran NHK melaporkan, tuna itu ditangkap di perairan sebelah utara Aomori dan direkod seberat 276 kilogram, serta boleh dijual pada harga 700,000 Yen (RM26,567) sekilogram.

Pembida yang berjaya itu ialah Kiyoshi Kimura, iaitu ketua syarikat rangkaian restoran sushi Sushizanmai.

Pada tahun lalu, Kimura sanggup membayar harga sehingga 333.6 juta Yen (RM12.7 juta) di acara lelongan, mengatasi rekod bidaan tertingginya pada tahun 2013.

Ikan tuna dan ikan tongkol, atau ada yang menyebutnya sebagai ikan cakalang atau ikan aya, pada zahirnya berbentuk sama.

Kesemuanya berasal dari kumpulan order yang sama iaitu Scombridae, namun masing-masing mempunyai kelainan bergantung kepada saiz, bentuk dan zon laut ia ditangkap.

Bagi pakar kulinari berasaskan laut, mereka mempunyai sebab tertentu untuk membayar harga yang tinggi bagi sesetengah jenis ikan, kerana kualiti, rasa dan juga khasiatnya.

Ikuti kami di :