Setelah Musnah Akibat Kebakaran Kini Pokok-Pokok Hidup Semula Di Australia

Hanya beberapa minggu krisis kebakaran hutan di Autralia yang mengakibat kemusnahan teruk pada belukar serta haiwan liar, kini ada sinar baru buat flora dan fauna apabila pokok-pokok kembali mekar dengan mengeluarkan pucuk baru berwarna hijau serta merah jambu.

Beberapa keping gambar yang didedahkan oleh seorang jurufoto yang merakam selepas bencana disifatkan sebagai ‘seram tetapi mendamaikan’.

Gambar-gambar  luar biasa ini membuktikan daya tahan hidupan liar dalam menghadapi bencana kebakaran dan juga cuaca ekstrim yang melanda Australia.

Pucuk-pucuk hijau dan merah jambu dilihat mula tumbuh di sebalik dataran abu hitam dengan pertembungan kawasan padang pasir, berjuang melawan kemarau dan krisis api yang berterusan.

Gambar-gambar penuh emosi  itu telah ditangkap oleh dua jurugambar tempatan di sekitar kawasan  Kulnura di New South Wales Central Coast.

Salah seorang daripada mereka adalah Mary Voorwinde, yang berkongsi gambar ke halaman Facebooknya  ‘Fotografi oleh Mary‘ .

Menurut Mary Voorwinde yang kebetulan dalam satu lawatan hartanah di New South Wales Central Coast berkata adalah sangat emosi bila melihat hutan berkenaan telah memberi harapan baru selepas mengharungi bencana yang teruk.

‘”Dengan semua yang hilang dalam bencana alam semula jadi, ada harapan untuk hutan ini terus hidup”

Beberpa jurufoto lain juga turut berkongsi gambar kesan selepas bencana yang telah memusnahkan hidupan liar di Australia.

Australia menghadapi kebinasaan akibat kebakaran hutan paling teruk dalam sejarah negara itu.

Sebahagian besar hutan di negara ini musnah sejak kebakaran yang bermula pada lewat bulan Julai 2019.

Kebinasaan bertambah teruk apabila haba yang berterusan serta kemarau yang melanda, membuatkan ramai menyalahkan perubahan iklim dunia sebagai faktor menjadikan bencana alam kian teruk.

Sumber: DailyMail

Ikuti kami di :