Wanita Islam sediakan makanan untuk anggota bomba padam kebakaran di Australia

Wanita Islam sediakan makanan untuk anggota bomba padam kebakaran di Australia

Sekumpulan wanita Islam di Australia tampil membantu dengan menyediakan masakan untuk anggota bomba yang bertugas dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran di sini.

Mereka dari Newport, Victoria, pinggir bandar Melbourne bersama sukarelawan juga membantu mengisi barangan keperluan termasuk makanan ke dalam lima trak.

Bukan itu sahaja, mereka juga perlu menempuh perjalanan selama lebih dari empat jam untuk menyampaikan makanan kepada anggota petugas, menurut Pegawai Perhubungan Awam Pusat Islam Australia, Rashid Elhouli kepada CNN.

Kumpulan Newport Islamic Society menyediakan makanan kepada anggota bomba

Wanita juga memasak sarapan pagi untuk 150 anggota bomba ketika mereka tiba di Johnsonville.

Seorang anggota bomba, Rodney Baylis, mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan kerana sudi menghulurkan bantuan selain menyediakan makanan kepada para petugas.

Pusat Islam Australia menggunakan platform media sosial untuk menguar-uarkan aktiviti mereka kepada orang ramai di samping mengutip derma untuk membantu mangsa kebakaran.

Hasil wang derma akan disalurkan kepada mangsa kebakaran selain menyediakan makanan kepada anggota bomba.

Ikuti kami di :