Iran Akhirnya Mengaku Jatuhkan Pesawat Penumpang Ukraine

Iran Akhirnya Mengaku Jatuhkan Pesawat Penumpang Ukraine

Iran pada Sabtu mengakui pihak tentera negara itu telah secara ‘tidak sengaja’ menembak jatuh sebuah pesawat penumpang milik Ukraine yang meragut 176 nyawa.

Lapor agensi berita  Assosiated Press (AP), satu kenyataan yang dikeluarkan menyebut faktor ‘kecuaian manusia’  sebagai punca kesilapan menembak jatuh pesawat itu pada Rabu lalu.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata selain ‘kesilapan manusia’, sikap ‘gemar mengambil risiko’ oleh Amerika Syarikat juga menyumbang kepada tragedi itu.

“Ini hari yang menyedihkan. Laporan siasatan awal oleh pihak tentera merumuskan ‘kecuaian manusia’ sewaktu krisis berlangsung yang berpunca dari sikap ‘gemar mengambil risiko’ oleh Amerika Syarikat juga menyumbang kepada tragedi itu,” tulis Mohammad Javad pada akaun Twitternya.

“Kami melahirkan rasa amat kesal, memohon maaf dan takziah kepada rakyat kami, keluarga mangsa dan negara-negara yang terbabit.”

Pesawat Boeing 737 yang dikendalikan oleh syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukraine itu, terhempas di pinggiran ibu kota Tehran sejurus berlepas, hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.




Ikuti kami di :