Rakaman Pesawat Ukraine Ditembak Iran Tular [Video]

Rakaman Pesawat Ukraine Ditembah Iran Tular [Video]

Rakaman video kejadian pesawat yang jatuh terhempas dipercayai pesawat penumpang milik Ukraine yang meragut 176 nyawa, tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 45 saat yang dimuat naik oleh pengguna laman Twitter @IranianPatriot itu menjadi tular di laman sosial Twitter apabila ia mendapat perhatian warganet, terutamanya warga Iran.

Rakaman berkenaan memaparkan sebuah objek besar dengan api yang marak menjunam secara perlahan ke bumi dan akhirnya terhempas hingga menyebabkan letupan besar.

Menurut laporan portal berita abc.net.au, pegawai keselamatan tertinggi Ukraine mendakwa bahawa siasatan mendapati peluru berpandu telah disasarkan di bahagian bawah kokpit pesawat Ukraine Airlines penerbangan Boeing 737-800 itu dari darat, dan ia sekali gus membunuh juruterbang serta-merta.

Setiausaha Pertahanan dan Keselamatan Negara Ukraine, Oleksiy Danilov berkata beberapa imej dan video yang diambil di tempat kejadian oleh pegawai penyiasat Ukraine di Iran menguatkan lagi teori kemalangan berkenaan.

VIDEO :

Sumber : Awani

Ikuti kami di :