Dua Pulau Di Indonesia Ini Telah Lenyap Dari Muka Bumi

Forum Indonesia untuk Alam Sekitar (Walhi) mendakwa, Pulau Betet di Sumatera dan Pulau Gundul di Jawa, secara teknikalnya berada di bawah pentadbiran Kabupaten Banyuasin telah tenggelam dan kini masing-masing berada di bawah satu meter dan tiga meter paras laut.

Dua pulau kecil di Indonesia dilaporkan lenyap susulan kenaikan paras air laut disebabkan perubahan iklim, manakala empat pulau lain dijangka bakal mengalami nasib yang sama.

Forum Indonesia untuk Alam Sekitar (Walhi) mendakwa Perubahan paras laut berpunca daripada perubahan iklim mengancam negara-negara kepulauan seperti Indonesia – Imej Kompas.com

“Kedua-dua pulau ini tidak mempunyai penghuni, salah satunya adalah Pulau Betet merupakan sebahagian daripada Taman Negara Berbak-Sembilang,” kata Pengarah Eksekutif Walhi, Sumatera Selatan, Hairul Sobri, Selasa lalu.

Jelasnya, jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk menangani kenaikan paras air laut, empat pulau lain bakal mengalami nasib yang sama seperti Pulau Betet dan Pulau Gundul, susulan paras air di kawasan-kawasan berkenaan ketika ini kurang daripada empat meter.

Empat pulau tersebut iaitu Pulau Burung, yang kini berada di paras laut; Pulau Kalong dan Pulau Salah Namo, masing-masing dua meter di atas paras laut; dan Pulau Kramat, iaitu tiga meter di atas paras laut.

Perubahan paras laut berpunca daripada perubahan iklim mengancam negara-negara kepulauan seperti Indonesia yang merebak di sekitar 17,000 pulau, melibatkan berjuta-juta orang kini tinggal di kawasan pantai rendah.

Syahrul, ketua unit penduduk di Pulau Salah Namo berkata, mereka mengetahui kenaikan air akan berlaku di pulau tersebut dan beberapa penduduk telah berpindah beberapa meter dari kawasan asal.

Katanya, kebanyakan penduduk yang berpindah di pulau tersebut pada 1970 untuk menjalani kehidupan lebih baik dengan menanam padi dan menjadi nelayan.

Seterusnya pada 1990, mereka mempunyai ladang yang luas di hadapan rumah masing-masing bagi membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan.

“Tiada lagi ladang di hadapan rumah-rumah saya. Ramai yang berpindah dari kawasan asal,” katanya.

Sumber: Kompas.com

Ikuti kami di :