WHO Akui Tersilap, Risiko Jangkitan Global Kini Adalah Paras Tertinggi

Dalam satu laporan WHO mendedahkan risiko jangkitan di China, peringkat serantau dan global adalah pada paras tertinggi.

Dalam laporan itu, WHO akui badan itu tersilap apabila meletakkan risiko global dalam peringkat sederhana.

Badan dunia itu sebelu ini dikritik susulan pengendalian penularan wabak sebelum ini, akui tersalah penilaian mengenai koronavirus.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak bermakna WHO mengisytihar situasi kecemasan antarabangsa.

WHO pada Khamis henti isytihar novel koronavirus sebagai darurat kesihatan atas kebimbangan komuniti antarabangsa.

Virus itu kali pertama dikesan di Wuhan, China sejak 31 Disember tahun lalu.

Sehingga kini virus berkenaan sudah dijangkiti kepada lebih 2,700 individu di seluruh dunia dengan angka kematian disahkan 82 orang di China.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :