Australia Cadang Kuarantin Rakyatnya Di Pulau Terpencil

Berikutan penularan koronavirus di peringkat global, kebanyakan kerajaan dari seluruh dunia telah mengambil langkah membawa pulang warga masing-masing ke negara asal susulan jumlah kematian yang semakin meningkat.

Australia pula bercadang untuk melaksanakan proses evakuasi rakyatnya dari Wuhan ke sebuah pulau terpencil.

Mereka yang  berkenaan akan ditempatkan di Pulau Krismas yang sebelum ini menjadi pusat tahanan pencari suaka di negara itu.

Menurut Perdana Menteri Scott Morrison, kira-kira 600 warga Australia berada di Wuhan. Australia akan bekerjasama dengan New Zealand untuk tujuan berkenaan.

“Pasukan tentera akan bertanggungjawab untuk menyelia fasiliti di pulau berkenaan,” katanya.

Tambahnya lagi, individu terbabit akan ditempatkan di pulau berkenaan selama 14 hari.

Pulau Krismas sebelum digunakan untuk menempatkan pencari suaka yang ditahan ketika cuba memasuki Australia dengan bot.

Sebelum ini, AS dan Jepun menjadi antara negara paling awal melakukan evakuasi rakyatnya yang berada di Wuhan.

Sumber: HarianMetto

Ikuti kami di :