Lebih 7700 Jangkitan Baharu Koronavirus, Angka Kematian Meningkat Kepada 170 Orang

Pihak berkuasa kesihatan China mengesahkan jumlah kes jangkitan akibat wabak koronavirus baharu kini mencecah 7,158 dengan 170 kematian di seluruh negara itu.

Dalam pada itu, sebanyak 1,032 lagi kes baharu telah disahkan di Hubei menjadikan jumlah tersebut melonjak hingga 4,586 kes.

Menurut laporan E China News, ia membawa jumlah kes daripada tanah besar China meningkat lebih 7,700.

Pada masa sama, laporan tersebut memberitahu setakat ini seramai 124 orang telah diberi kebenaran untuk discaj daripada hospital setelah disahkan sembuh.

Setakat ini, kebanyakan kerajaan dari seluruh dunia telah mengambil langkah membawa pulang warga masing-masing ke negara asal susulan jumlah kematian yang semakin meningkat.

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan perbincangan bersama pakar-pakar untuk menentukan sama ada penularan novel koronavirus sudah sampai ke tahap kecemasan kesihatan global malam ini.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :