Angka Kematian Akibat Koronavirus Cecah 500 Orang Di Seluruh Dunia

Jumlah korban akibat wabak koronavirus dilihat semakin serius. Angka kematian koronavirus di wilayah Hubei, China menunjukkan peningkatan sehingga 492 kematian.

Itu merupakan jumlah terkini selepas 65 kematian dilaporkan pada Selasa oleh Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei.

Peningkatan tersebut melihatkan satu rekod harian untuk kematian di rantau tersebut.

Terbaharu terdapat 3,156 lagi dikesan di wilayah Hubei menjadikan rekod keseluruhan di wilayah itu 16,678 kes.

Pengerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengesa semua negara anggota agar mempertingkatkan komunikasi bagi memperbaik pertukaran informasi berkaitan wabak koronavirus.

Menurutnya, daripada 176 kes yang dilaporkan di luar China setakat ini, hanya 38 peratus yang menyerahkan laporan lengkap.

KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia positif koronavirus

Dalam pada itu, Seorang lelaki berusia 41 tahun menjadi rakyat Malaysia pertama positif koronavirus disahkan semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain lelaki warga Selangor itu, satu lagi kes terbaru positif virus berkenaan adalah lelaki warga emas berusia 63 tahun dari Wuhan, China.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang dijangkiti koronavirus itu mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura pada 16 hingga 23 Januari lalu dan mula mendapat gejala pada 29 Januari dan mendapatkan rawatan ke sebuah hospital swasta.

KKM melakukan pemantauan terhadap keluarga terdekat mangsa warganegara Malaysia dan akan diletakkan dalam keadaan ‘home surveillance’ dalam tempoh 14 hari.

Setakat semalam, KKM melaporkan tiada pertambahan kes positif koronavirus dikesan di Malaysia dalam tempoh lebih tiga minggu.

Berita disunting dari Awani, Sinar Harian

Ikuti kami di :