Lao Wu, Anjing Pertama Terima Pingat ‘Jasamu Dikenang’

Anjing  banyak memankan peranan kepada manusia sejak awal kejadiannya. Pengaruh anjing terhadap kemasyarakatan manusia telah memberinya nama gelaran sebagai “sahabat baik manusia”.

Maka tidak hairanlah jika anjing juga mampu memberi khidmat kepada manusia.

Seekor anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah sebagai anjing pertama menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ bagi polis kontinjen Pahang.

Anjing bernama Lao Wu itu menerima pingat berkenaan daripada Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan, yang diwakili timbalannya, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, pada majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di Kuantan, kelmarin.

Anjing yang berusia lima tahun lapan bulan, menerima penghargaan itu atas kejayaannya mengesan seorang suspek curi kenderaan yang melarikan diri sejauh lebih empat kilometer di ladang kelapa sawit di Felda Sungai Tekam, Jerantut, kira-kira 160km, dari sini, pada 14 November lalu.

Berita disunting dari Harian Metro, Ehsan Foto BERNAMA

Ikuti kami di :