10 Individu Positif COVID-19 Hari Ini

10 Individu Positif COVID-19 Hari Ini

Gelombang kedua wabak koronavirus baharu (COVID-19) terus menyaksikan peningkatan kes apabila 10 lagi individu dikesan positif, hari ini.

Kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di negara ini sebanyak 93 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes itu adalah kontak rapat kepada kes ke-33, iaitu empat daripadanya generasi pertama kontak rapat manakala enam generasi kedua.

Selain itu, katanya, kes ke-78 dilaporkan semalam mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia selama tujuh hari bermula 13 sehingga 19 Februari lalu.

Beliau berkata, sebanyak 67 kontak rapat sudah dikesan dan diambil sampel serta diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Katanya, sehingga hari ini, 432 sampel kes sporadik dan kes tempatan yang mempunyai kontak dengan kes positif diuji namun setakat ini tiada sampel dikesan positif COVID-19.

Ikuti kami di :