COVID-19, Itali Kuarantin Lebih 15 Juta Penduduk

COVID-19, Itali Kuarantin Lebih 15 Juta Penduduk

Bermula hari ni, lebih 15 juta penduduk diletakkan di bawah perintah kuarantin di utara Itali, serentak dengan kelulusan diberikan pihak kerajaan, sebagai usaha membendung penularan wabak coronavirus (COVID-19).

Menerusi satu kenyataan di Twitter Perdana Menteri, Giuseppe Conte memberitahu, beliau sudah meluluskan perancangan untuk memperketatkan pergerakan keluar dan masuk di beberapa kawasan utama, termasuk Venice dan ibu negara, Milan selama hampir sebulan.

Kuarantin bagi mengekang penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Dengan lebih 230 pesakit meninggal dunia, Itali merekodkan kematian terbesar akibat wabak COVID-19 berbanding mana-mana negara lain di luar China, iaitu lokasi virus itu dikesan buat kali pertama akhir tahun lalu.

Penduduk tidak akan dibenarkan memasuki atau meninggalkan zon kuarantin, melainkan jika mempunyai sebab kukuh seperti faktor tugasan dan kecemasan keluarga.

Perintah berkenaan mencakupi keseluruhan kawasan Lombardy, Venice serta beberapa bandar lain seperti Parma dan Rimini, iaitu satu perempat daripada 60 juta penduduk negara itu, arahan itu berlanjutan sehingga 3 April nanti.

Ikuti kami di :