Facebook YB Mujahid Dihujani Komen “Alhamdulillah PH tumbang”

Pada jam 5 petang semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu. Ia dibuat selepas lebih seminggu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

Muhyiddin, 72 tahun, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pada 1 Mac.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga menandakan berakhirlah pemerintahan Pakatan Harapan setelah 2 tahun mentadbir negara.

Walaupun peralihan kuasa ini dianggap kontroversi atau ‘ikut pintu belakang’. Namun rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik peralihan kuasa yang berlaku sejak krisis yang bermula hujung februari lalu.

Bagi pemimpin pembangkang, mereka juga dilihat sudah mula melakukan jelajah bertemu rakyat bagi meneruskan agenda mereka dengan selogan ‘mempertahankan mandat rakyat’.

Bagi ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beliau juga turut mengadakan jelajah bertemu rakyat.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Akaun facebook beliau telah dihujani komen “Alhamdulillah PH tumbang” oleh pengguna media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial tidak mengendahkan setiap hujah yang dibuat oleh Mujahid dalam bentuk video.

Dalam satu video (Klik link untuk video asal) berdurasi 5 minit yang dimuatnaik oleh Mujahid, beliau telah memberi penerangan mengenai Kerajaan Pakatan Harapan lebih stabil dari kerajaan Pintu Belakang. Namun video berkenaan telah dihujani sidiran dari netizen.

Mujahid merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama, yang juga merupakan Presiden PAS, iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa.

Mujahid yang sebelum ini dikenali sebagai progresif dan aktif dalam menjadikan PAS kepada parti berbilang kaum. Namun, beliau dan sebahagian rakan-rakan yang dikenali sebagai G18, telah ditolak dalam Muktamar PAS 2015.

Beliau dan rakan-rakannya kemudiannya mewujudkan Gerakan Harapan Baru yang kemudiaannya menjadi asas kepada tertubuhnya parti AMANAH.

Sumber: https://web.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/?tn-str=k*F

Ikuti kami di :