Menteri Kesihatan UK Mengesahkan Dirinya Positif COVID-19

Wabak COVID-19 yang kian menular di peringkat global dilihat semakin membimbang. Bilangan jangkitan semakin bertambah hampir setiap hari di seluruh dunia.

COVID-19 akan menjangkiti sesiapa sahaja namun orang dewasa mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti koronavirus ini.

Ini nasib yang menimpa Menteri Kesihatan United Kingdom (UK) Nadine Dorries apabila dia mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Konservatif berkata telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang disarankan selepas mengetahuinya, termasuk pengasingan diri di rumah.

Menurut Dorries dalam satu kenyataannya  berkata pihak Kesihatan Awam England telah memulakan proses pengesanan kontak rapat termasuk di kementerian beliau bertugas.

Beliau juga turut memuat naik kemas kini di akaun Twitter memaklumkan dia berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Dalam muat naik berkenaan, Dorries turut menyatakan rasa bimbang terhadap kesihatan ibunya di rumah yang mula batuk sejak Selasa.

Bagaimanapun, jumlah sebenar kontak rapat yang dibuat Dorries masih belum disahkan kerana difahamkan dia turut menghadiri sebuah majlis Khamis lalu.

Di UK, sebanyak enam kematian dicatatkan dengan 382 kes direkodkan di seluruh negara itu.

Berita Disunting Dari Awani

Ikuti kami di :