Angka Kematian Akibat Covid-19 Di Itali Melepasi 1,000 Orang

Angka kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) di Itali melepasi 1,000 orang, pada Khamis.

Setakat semalam, sebanyak 15,113 kes wabak itu direkodkan di negara berkenaan. Ia sekali gus negara tertinggi dengan jumlah mangsa maut di luar China.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) di negara itu. Susulan itu, lebih 60 juta rakyatnya diminta berkurung di dalam rumah.

Semalam, peraturan diperketat dengan hanya farmasi dan kedai makanan yang dibenarkan beroperasi.

Sumber: HarianMetro

Ikuti kami di :