FAM: Aksi Liga Super Dan Liga Perdana Akan Berlansung Tanpa Penyokong

Berikutan penularan wabak koronavirus di Malaysia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan bahawa aksi Liga Super dan Liga Perdana minggu ini akan berlangsung tanpa penyokong.

Sementara itu, kesemua aktiviti dan perlawanan bola sepak anjuran FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ditangguhkan bermula Isnin ini.

Dalam kenyataan FAM di Facebook, Presiden FAM dan MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan bahawa perlawanan tanpa penonton membabitkan Liga Super, Liga Perdana, M3, M4, Piala Belia dan MPFL 2020 pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

Manakala, semua pertandingan anjuran FAM dan MFL termasuk perlawanan Piala FA Malaysia dan Piala Presiden 2020 ditangguhkan berkuatkuasa 16 Mac ini.

Semua pertandingan itu ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan kemudian, katanya.

Sumber: HarianMetro

Ikuti kami di :