Jumlah Kes COVID-19 Di Malaysia Meningkat 200% Menjadi 428 Kes

Jumlah kes yang disahkan positif COVID-19 meningkat lebih 200 peratus dengan 190 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini.

Angka terbaharu itu menjadikan kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 428 kes.

Kebanyakkan kes baharu yang dikenal pasti itu mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

Sebanyak sembilan mangsa dilaporkan bergantung pada mesin bantuan pernafasan dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) menyeru peserta perhimpunan tabligh
menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

KKM mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah menjejak jemaah tabligh dan individu-individu yang disyaki COVID-19, secara aktif bagi mengekang penularan wabak ini.

KKM menegaskan agar semua peserta perhimpunan tabligh diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir mereka menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Ekoran itu, orang ramai diharap tidak menular atau berkongsi sebarang maklumat yang boleh mencetus panik atau kebimbangan orang awam.

Berita disunting dari Awani

Ikuti kami di :