Media Perancis Puji Wanita Muslim Berhijab, Mampu Cegah Jangkitan COVID-19

Dunia menyaksikan lebih 156,000 orang dijangkiti wabak Covid-19 di 146 negara di seluruh dunia. Dengan Malaysia mencatatkan penambahan pesakit kepada 428 orang hari ini. Iaitu peningkatan sebanyak 200% kes yang dicatatkan.

Namun di tengah-tengah kekecohan dunia dalam melawan virus yang bermula di Wuhan, China ini. Para pengamal media di Perancis telah mengambil langkah positif dengan memuji cara hidup orang Islam yang dilihat mampu untuk menghindari dari merebaknya wabak COVID-19.

Menurut seorang tokoh agama Indonesia yang merupakan Presiden Nusantara Foundation, Ustaz Shamsi Ali menerusi perkongsian di laman rasmi Instagram (klik link untuk melihat hantaran asal) miliknya dengan menyatakan bahawa media perancis memuji cara hidup orang Islam tatkala kekecohan penyebaran wabak ini.

Ustaz Shamsi Ali menerusi perkongsian di laman rasmi Instagram miliknya dengan menyatakan bahawa media perancis memuji cara hidup orang Islam tatkala kekecohan penyebaran wabak ini.

“Media-media di Perancis menyatakan bahawa yang paling selamat dari Corona adalah wanita-wanita muslim yang berhijab karena mereka tertutup wajah, badan. Tidak bersalaman dengan orang asing, tidak berciuman, dan tidak saling berpelukan,” kata Ustaz Shamsi Ali.

Perkara ini disokong oleh beberapa pegikutnya di laman Instagram dengan ada yang menambah bahawa manfaat berwudhu juga mampu mencegah seseorang itu daripada dijangkiti COVID-19.

Indonesia telah mencatatkan angka 96 pesakit di seluruh negara dengan kematian pertama dicatatkan minggu lalu. Kes pertama yang dicatatkan oleh Indonesia adalah wanita muda dan ibunya yang dijangkiti setelah menerima kunjungan pelancong dari Jepun di Batam.

Sumber: Vocket

Ikuti kami di :