US Dakwa Sedang Uji Vaksin COVID-19

Menurut laporan portal AP yang memetik sumber dalaman, Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dijadual memulakan ujian klinikal vaksin COVID-19 pada Isnin.

Peserta pertama akan menerima vaksin percubaan itu di Institut Kajian Kesihatan Kaiser Permanente Washington.

Pegawai tinggi kerajaan yang enggan didedahkan namanya itu memaklumkan bahawa ujian itu dibiayai sepenuhnya oleh Institut Kesihatan Kebangsaan AS.

Laporan itu turut memetik kenyataan seorang lagi pegawai kesihatan AS yang dilaporkan berkata ujian akan dijalankan ke atas 45 sukarelawan muda yang sihat tubuh badan di mana mereka akan menerima jumlah dos yang berbeza.

“Tiada kemungkinan untuk mereka mendapat jangkitan daripada suntikan berkenaan kerana tubuh mereka tidak mengandungi virus itu.

“Tujuan utama ujian ini adalah untuk memastikan tiada sebarang kesan sampingan sebelum vaksin berkenaan boleh digunakan untuk ujian berskala lebih besar.”

Menurut pegawai kesihatan itu lagi, pengesahan vaksin biasanya akan mengambil masa di antara satu tahun hingga 18 bulan sebelum dapat dipastikan tahap keberkesanannya.

Berita disunting dari Awani

Ikuti kami di :