Ini Senarai Negara Yang Telah Melakukan Sekatan COVID-19

Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah drastik dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan setelah jumlah kes positif Covid-19 meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa hari lepas.

Peningkatan dalam jumlah yang tinggi ini kebanyakannya berpunca daripada acara-acara yang melibatkan perhimpunan ramai orang di beberapa tempat.

Pada 16 Mac 2020, pihak kerajaan telah mengumumkan tempoh sekatan pergerakan selama 2 minggu bermula 18 Mac hingga ke 31 Mac 2020.

Meskipun, kadar kes positif dan kematian di China yang disebabkan Covid-19 menujukkan penurunan, kes kematian dan jangkitan di negara lain terutamanya di negara barat menunjukkan peningkatan.

Pada 14 Mac yang lalu pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan Eropah sebagai pusat penularan Covid-19 yang baru. Italy setakat pukul 8.51 pagi, 16 Mac 2020 merekodkan 27,747 kes positif dan 1, 809 kes kematian.

Berikut adalah antara negara-negara lain yang telah melakukan beberapa jenis sekatan bagi mengekang penularan Covid-19:

Itali :

Itali merekod 368 jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam, satu jumlah yang sangat tinggi bagi negara yang mempunyai salah satu sistem kesihatan terbaik di Eropah.

Itali merupakan negara kedua selepas China yang mengarahkan rakyatnya menjalani perintah berkurung di seluruh negara bermula pada 9 Mac 2020.

Sepanyol :

Pihak kerajaan Sepanyol mengeluarkan perintah menghadkan pergerakan selepas melaporkan 1500 kes baru dalam tempoh 24 jam melainkan bagi tujuan pekerjaan, membeli makanan, ke hospital, atau untuk penjagaan warga emas dan kanak-kanak pada 15 Mac 2020. Jumlah kematian 342.

Perancis :

Bermula pada 14 Mac 2020, Perancis telah mengeluarkan larangan bagi acara perhimpunan yang melibatkan lebih daripada 100 orang dan pada 16 Mac 2020 pihak kerajaan Perancis telah mengarahkan 100,000 pegawai polis untuk menguatkuasakan perintah sekatan pergerakan yang ketat bagi tempoh sekurang-kurangnya 15 hari. Sesiapa yang tidak mematuhi larangan tersebut akan didenda sebanyak $150.

Filipina :

Kerajaan Filipina hari ini (17/3/2020) telah melaksanakan perintah berkurung di seluruh Kepulauan Luzon yang mempunyai 57 juta penduduk. Rakyatnya dilarang untuk keluar dari kediaman masing-masing kecuali bagi yang terlibat dalam penjagaan kesihatan dan juga pekerja bantuan kemanusiaan.

Segala perjalanan domestic adalah dilarang. Pihak perbandaran tempatan bertanggungjawab untuk membuat penghantaran makanan kepada para penduduk. Sebanyak 142 kes positif Covid-19 dan 11 kematian.

Iran :

Pada 16 Mac 2020, Iran merekod jumlah kematian sebanyak 129. Iran juga menjadi negara dengan jumlah kes tertinggi yang melibatkan pegawai tinggi kerajaannya. Iran menyekat sebarang perjalanan domestik dan menutup parlimen serta menangguhkan pilihan raya. Walau bagaimanapun, tiada keputusan untuk “lockdown” dibuat.

Amerika Syarikat (US) :

Bandar-bandar di Amerika Syarikat seperti New York telah menghadkan restoren-restoren beroperasi secara penghantaran makanan atau dibawa balik.

Presiden US, Donald Trump telah mengisytiharkan kecemasan kebangsaan dimana sekolah-sekolah dan perniagaan ditutup selama 15 hari. Jumlah kematian direkodkan pada 17/3/2020 setakat 4 petang adalah sebanyak 88 orang.

Negara-negara Kesatuan Eropah(EU) juga mempunyai sekatan perjalanan bagi tempoh masa sekurang-kurangnya 30 hari atau mungkin lebih.

Disclaimer:
Gambar diperoleh daripada carian internet. Kredit kepada pemilik gambar.

Sumber: FB TanyaPeguamAnda

Ikuti kami di :