
Skim bantuan dan insentif kerajaan kepada rakyat Malaysia susulan krisis COVID-19
1. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April
- Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta
2. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan
- Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, membabitkan jumlah kutipan RM375 juta
3. Penangguhan bayaran pinjaman MARA
- MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan
- Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara.
4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini
- Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal
5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
- Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan
6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun
- Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak
7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL
- Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL
8. Elaun khas kepada petugas perubatan
- RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan
9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai
- Penangguhan bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan
10. Penangguhan pembayaran pinjaman
- CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terbabit gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.
11. Bajet tambahan
- RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 hospital, sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk Kementerian Kesihatan membeli ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain
12. Kerajaan benarkan pengeluaran akaun 2 KWSP
- semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.