Disahkan Positif Covid-19 Gara-gara Aksi Bodoh “Coronavirus Challenge”, Jilat Tempat Duduk Tandas

Disahkan Positif Covid-19 Gara-gara Aksi  Bodoh “Coronavirus Challenge”, Jilat Tempat Duduk Tandas

Selepas beberapa hari memuat naik video menjilat mangkuk tandas, seorang personaliti media sosial dari California, Larz disahkan positif virus Covid-19 kerana menyahut cabaran dengan menjilat tempat duduk tandas.

Aksi influencer dikenali sebagai Larz berusia 21 tahun dari Beverly Hills itu dirakam menggunakan aplikasi TikTok menunjukkan dia berjalan memasuki sebuah tandas kemudiannya mendekatkan mulutnya di sekitar mangkuk tandas, sebelum menjilatnya.

Beberapa hari selepas video terbabit dimuat naik, Larz mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Sebelum ini dikatakan terdapat seorang wanita yang memulakan aksi cabaran dengan menjilat tempat duduk tandas dalam sebuah pesawat.

Ikuti kami di :