Ahli Politik Taiwan Kritik Kerajaan Malaysia Tangani COVID-19 Dihentam Netizen

Sejak negara kita dilanda penularan wabak COVID-19 pada awal tahun ini, kerajaan telah bertungkus-lumus dalam pelbagai cara bagi memerangangi wabak ini dari terus menjangkiti rakyat.

Malah negara kita boleh dianggap sebagai salah satu contoh terbaik dalam menangani pandemik COVID-19 yang turut melanda seluruh dunia ketika ini.

Semestinya dikalangan kita pasti pernah terbaca loporan di media sosial bagaimana masyarakat negara luar memandang tinggi akan kebolehan semua pihak di negara kita berhadapan dengan situasi getir ini.

Namun terdapat seorang ahli politik dari Taiwan yang dikenali sebagai Li Zheng Hao dikatakan mengkritik cara kerajaan negara kita menangani wabak ini.

Beliau dengan lantang mengkritik Malaysia secara terbuka dalam satu temu bual yang disiarkan dalam salah satu rancangan TV di sana.

Menurut Khairul Azri, berikut adalah empat initipati ataupun kenyataan yang dikeluarkan ahli politik tersebut ketika dalam sesi temu bual itu berlangsung.

1. Polis Malaysia kasar dan ganas dalam handle rakyat Malaysia, dia paparkan video latihan PDRM kononnya itulah cara PDRM menangkap orang awam tak nak mematuhi Lockdown untuk mengambarkan kononnya polis Malaysia ekstrim.

2. Lepastu dia paparkan scene ratusan tong oksigen bersusun yang kononnya keadaan kat hospital ramai teruk gila, padahal video tu video kat Indonesia.

3. Dia juga amik video viral dari Twitter yang memaparkan kakitangan Hospital di Kelantan buat PPE dari plastik sampah kononnya teruk gila dah hospital di Malaysia tak cukup PPE, walhal kan isu PPE ni dah selesai dan ianya hanya sementara saja.

4. Yang paling teruk dia sembang sebab Malaysia ni negara Islam, jadi yang terkorban sebab Covid19 tak boleh dibakar. Dan sebab ramai sangat mati, sampai malam pun orang tanam mayat, dan dia siap kata mayat tu semua tanam tepi jalan..paling kelakar dia bagi alasan dia ingat tepi jalan lah sebab dia tak nampak ada batu-batu kubur besar macam kat jirat Cina.

Geng ‘bawang’ mula serang Li Zheng Hao

Berang dengan tindakan ahli politik berkenaan netizen di Malaysia atau juga dikenali sebagai onion army ataupun geng bawang di media berusaha berhabis-habisan untuk mempertahankan maruah negara melalui papan kekunci masing-masing dan memastikan negara kita mendapat pengikitirafan yang sepatutnya.

Seperti dijangka, tindakan ahli politik dari Taiwan yang mengkritik cara pihak berkuasa Malaysia menangani COVID-19 di negara kita akhirnya memakan dirinya sendiri apabila Facebook beliau akhirnya diserang netizen-netizen dari Malaysia.

Menyedari dirinya diserang oleh netizen Malaysia, ahli politik berkenaan telah membuat satu hantaran permohonan maaf di akaun facebook miliknya.

Malah ruangan komen dalam kiriman permohonan maaf beliau di Facebook sudah mendapat hampir 100,000 komen. Atau lebih tepat lagi sebanyak 98,000 dengan rata-rata komen yang ditinggalkan datang dari netizen Malaysia.

Anda pasti akan terkejut jika melihat komen-komen yang diberikan netizen tanpa mengira latar belakang kaum ini mempertahankan pihak-pihak yang bertanggungjawab menangani COVID-19 di negara kita ini.

Melihat kepada tindak balas yang diberikan ‘Geng Bawang’ ini sudah pasti kita tidak perlu risau sekiranya ada anasir-anasir luar yang cuba untuk merendah dan memperlekehkan kemampuan negara kita selepas ini.

Sikap bersatu-padu yang ditunjukkan netizen dalam menegakkan kebenaran mengenai situasi terkini COVID-19 di negara kita juga menunjukkan semangat perpaduan dan bersatu hati rakyat Malaysia terutama dalam berhadapan dengan waktu sukar ketika ini.

Sumber: Vocket

Ikuti kami di :