Bahasa Dan Ungkapan Dalam Seni Bina Rumah Melayu

Selain untuk menjamu mata dengan keindahan ukiran, ukiran di rumah melayu juga mempunyai fungsi sebagai bukaan pengudaraan dan cahaya siang masuk ke dalam ruang rumah. Foto IIUM

Setiap rumah semestinya mempunyai pintu, orang Melayu terdahulu dalam membuat rumah sekurang-kurangnya mempunyai dua pintu. Yakni pintu muka dan pintu belakang.  Ungkapan Melayu lama menyebut  “pintu muka meyambut adat, pintu belakang menebus malu”.

Pintu muka (pintu masuk) membawa maksud sesiapa pun tetamu yang datang bertandang hendaklah dilayan sebaiknya oleh tuan rumah dan hendaklah menghidang hidanggan yang semampunya. Jika tiada persiapan dalam rumah, tuan rumah perlu menggunakan pintu belakang untuk keluar masuk semasa menyediakan hidangan.

Kedudukan pintu masuk  dilarang sama sekali berada di kedudukan sejajar dengan semua pintu lain yang terdapat dalam rumah. Misalnya, pintu rumah Ibu , pintu rumah tengah dan pintu dapur tidak boleh sejajar . Hal ini bertujuan untuk memelihara padangan di ruang-ruang peribadi di dalam rumah daripada dapat dilihat oleh tetamu yang bertandang . Lebih tepat lagi ianya bertujuan memelihara maruah kaum perempuan.

Ada beberapa jenis rumah Melayu, misalnya rumah Minangkabau, rumah Jawa – Rabung pintu direndahkan supaya apabila tetamu masuk, maka badannya akan dibongkok. Hal ini sebagai satu ingatan agar tetamu sentiasa menghormati tuan rumah tempat yang dijejaknya itu ialah “wilayah” orang. Namun diangkat kemulian tetamu itu melalui layanan yang terbaik.

Makna tertentu pada motif ukiran

Motif ukiran di ambang pintu muka juga mempunyai makna dan fungsi tertentu. “tumbuh berpunca, punca penuh rahsia, tumbuh tidak manenjak kawan, memanjat tidak memaut lawan, tetapi melingkar penuh mesra”. Demikian ungkapan yang sering dijadikan falsafah dalam seni ukiran Melayu. Ungkapan tersebut dipecahkan kepada dua bentuk maknawi , iaitu tentang Ketuhanan dan Kemanusiaan.

Motif ukiran di ambang pintu muka juga mempunyai makna dan fungsi tertentu. Sumber Centre for Malay World and Ottoman Studies, IIUM

Selain untuk menjamu mata dengan keindahan ukiran, ukiran di rumah melayu juga mempunyai fungsi sebagai bukaan pengudaraan dan cahaya siang masuk ke dalam ruang rumah.

Lihat pada gambar, salah satu motif ukiran awan larat mengambarkan satu manifentasi daripada hakikat benih, segala perbendaharaan terhimpun dan tersembunyi di dalamnya. Masyarakat Melayu percaya bahawa kejadan alam pada asalnya berhimpun pada satu perbendaharaan. Maka orang melayu terdahulu memanifestasikannya dalam bentuk ukiran yakni “punca”.(Lihat gambarajah bulat). Daripada  “punca”, ia membentuk salur, daun,pucuk dan sebagainya.

Ukiran awan larat mengambarkan segala perbendaharaan yang terhimpun dan tersembunyi di dalamnya.

Budaya melayu tidak kalah dengan seni zaman pertengahan Eropah. Ia diteorikan oleh Abbe Suger  yang merangkumi 3 jenis pencahayaan.

  1. Lux ( cahaya yang memasuki bangunan)
  2. Lumen ( cahaya yang disaring tingkap)
  3. Illumination ( cahaya yang memasuki retina mata dan membawa kesan kerohanian)

Permulaan ukiran pada satu titik permulaan yang dinamakan sebagai “punca”. Pada punca inilah besar sekali impaknya pada ukiran dan memberi makna pada pengukir. Punca mempunyai enam asas iaitu Kepala Kala, Beribu, Punca Pasu, Tanah, Air dan Punca Rahsia.

Seni bina melayu terdahulu cukup halus, dari sudut binaan yang kukuh tampa sebatang paku dan maksud tersirat disebalik ukiran binaan ,Ukiran yang melambangkan identiti diri melayu itu sendiri. Oleh itu hargailah seni orang Melayu dan martabatkan ia setinggi-tingginya.

Sumber: Kitab Tamadun Melayu, Centre for Malay World and Ottoman Studies, IIUM

Ikuti kami di :