Raja Bersiong ‘Vampire’ Alam Melayu

Raja Seri Maha Inderawangsa yang lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong. Foto Wikipedia

Produksi Filem barat banyak yang mengambarkan Vampire satu makhluk yang perlu minum darah untuk terus hidup. Salah satu contoh filem Dracula Untold adalah filem fantasi gelap dari barat yang diarahkan oleh Gary Shore menceritakan tentang awal kejadian Vampire.

Vampire Malaysia bergelar pontianak berbeza pula ceritanya, pontianak terjadi bila perempuan mati ketika melahirkan bayi. Itu yang diceritakan dalam filem tanah air seperti Pontianak Harum Sundal Malam yang dibintangi pelakon hebat dan jelita, Maya Karin.

Filem Pontianak Harum Sundal Malam yang di bintangi oleh Maya Karin

Di Alam melayu berbeza pula sejarahnya, si pemakan darah dari keturunan diraja. Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa, berpusat di Lembah Bujang. Bagi rakyat jelata , Baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana tabiatnya yang suka meminum darah manusia.

Banyak kawasan di Kedah mendapat nama dari kisah Baginda seperti Bukit Choras dan Tikam Batu. Di Tikam Batu, diceritakan ada sebuah Istana Raja Bersiong di atas bukit dengan air terjun menembusi batu sedalam sebatang buluh, sempena inilah nama Tikam Batu diambil.  

Raja Bersiong beragama Hindu. Baginda meyembah Tokong  yang diperbuat daripada emas dan berhala, namun tokong ini telah diambil oleh British dan dbawa balik ke India. Memandangkan baginda Raja Bersiong gemar memakan darah, kemungkinan berhala pemujaannya adalah Dewa Kali. Menurut Kepercayaan Hindu, dewa ini suka memakan darah dari korban darah.

Kemungkinan kedua adalah Baginda terpengaruh dengan satu kaum gergasi yang pada lagenda di Kedah tinggal di kaki Gunung Jerai. Kaum ini berbadan besar dan tinggi dengan amalan memakan daging manusia. Saiz yang besar ini mungkin di sebabkan banyak protein dalam diet berbanding dengan hanya memakan sayur-sayuran.

Apabila rakyat mula mengenali Islam dan tidak mahu lagi meyembah berhala Dewa Kali, rakyat telah memberontak menentang Raja Bersiong. Baginda telah lari hingga ke Baling. Di mana Baginda mencabut dan membaling siongnya jatuh ke Kampung Siong di Baling.

Memandangkan baginda Raja Bersiong gemar memakan darah, kemungkinan berhala pemujaannya adalah Dewa Kali.

Tidak hanya di Kedah sahaja nama kawasan yang dikaitkan dengan Baginda. Perak juga ada sebuah kampung yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kisah Raja Bersiong. Kampung Kota Raja Bersiong, terletak di dalam mukim Ijok di daerah Selama, Perak. Salah seorang penduduk di situ bernama Roslan memberitahu, nama kampung itu memang ada kaitan dengan Raja Bersiong.

Menurut kisah orang terdahulu yang disampaikan turun temurun, nama kampung ini tercetus dari kisah pelarian Raja Bersiong apabila berlaku pemberontakan rakyat terhadap pemerintahannya.

Orang terdahulu bercerita, Raja Bersiong lari dari Siam melalui Gerik sehingga sampai ke Ijok untuk bersembunyi dan mencari perlindungan. Dikatakan juga apabila sampai di sini, dia dan pengikutnya yang masih setia berlindung dalam sebuah gua. Gua itu masih ada lagi hingga sekarang. Dari situ kampung ini mendapat namanya,” cerita Roslan.

Kesimpulannya, Hikayat Raja Bersiong adalah satu-satunya sastera melayu lama yang menceritakan kezaiman seorang raja secara berterus terang. Ini menjadikannya satu hikayat yang istimewa berbanding hikayat-hikayat lain.

Sumber: Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Kerajaan Lagkasuka

Ikuti kami di :