Kanak-Kanak 13 Dan 5 Tahun Korban Termuda COVID-19 Di UK

Kerajaan United Kingdom (UK) pada Sabtu mengumumkan dua lagi kematian akibat COVID-19 yang turut membabitkan korban termuda di negara itu, masing-masing berusia hanya lima tahun dan 13 tahun.

Kematian itu melibatkan keluarga Ismail Mohamed Abdulwahab, yang meninggal dunia hanya pada usia 13 tahun di King’s College Hospital, London.

Ibu dan adik-beradiknya turut menunjukkan simptom virus itu dan mereka tidak dibenarkan untuk menghadiri pengebumian Ismail.

Menurut  menterinya, Michael Gove, seluruh rakyat UK perlu bersatu memutuskan rantaian jangkitan koronavirus dengan hanya duduk di rumah.

“Dalam keperitan itu, penghormatan yang penuh kasih sayang daripada ibu-bapanya amat menyedihkan.

“Kami turut mengingati keluarga kepada seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang mempunyai penyakit dan telah meninggal dunia.

“Sekali lagi, anda semua perlu duduk di rumah untuk melindungi NHS dan untuk menyelamatkan nyawa,” katanya.

Kajian Imperial College London mendapati bahawa golongan warga emas lebih berisiko untuk dijangkiti koronavirus serta memerlukan rawatan kritikal.

Kurang daripada lima peratus kes COVID-19 bawah umur 50 memerlukan rawatan hospital, namun keadaan ini meningkat kepada 24 peratus bagi golongan umur 70-79 tahun.

Berita disunting dari Awani

Ikuti kami di :