Saintis Kanada Mahu Mengkaji Ganja Sebagai Rawatan Untuk COVID-19

Dr. Mohan Cooray menyifatkan imunomodulator secara semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan sememangnya memerlukan penyelidikan yang segera. Persoalan kini mula timbul, bagaimanakah corona virus akan berakhir?

Ini soalan yang mungkin bermain di dalam benak fikiran anda. Tentang berapa tempoh kuarantin dan perlu menjauhkan diri dari kegiatan sosial.

Jika menginginkan keadaan kembali normal, menurut pakar, satu cara wabak dapat berakhir ialah dengan cara mengembangkan ubat-ubatan yang mampu menghalang atau merawat jangkitan.

Seorang pembekal perubatan baru-baru ini meminta Health Canada supaya melulusan satu kajian kesan ganja pada pesakit COVID-19. Dr. Mohan Cooray, yang berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Cannalogue sebuah firma peruncit ganja perubatan dalam talian di Toronto.

eliau ingin meneliti sama ada cannabinoids boleh mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem imun yang berpotensi dalam suasana yang formal dan ketat.

“apa yang kita tahu dari perubatan ganja sepanjang kesusasteraan dan pengalaman yang kami alami di Kanada selama ini adalah terdapat ciri-ciri anti-radang yang diketahui terdapat pada  Cannabinoids. Cannabinoids mempunyai bahan aktif yang berasal dari tanaman ganja,” Dr. Cooray memberitahu The Toronto Sun.

THC-A: Anti-radang dan Neuro-Protectant yang lebih baik

Kajian terdahulu telah menunjukkan terdapat kesan ‘rombongan marijuana’ apabila cannabinoids yang terdapat pada tumbuhan ganja THC, CBD, atau CBG berfungsi serentak, dan bukan dos terpencil seperti yang anda dapati dalam minyak CBD  telah menunjukkan keberkesanan tertentu dalam mengurangkan keradangan.

Kajian lain menunjukkan flavonoid yang terdapat dalam ganja mempunyai gen yang mengandungi kesan anti-radang 30 kali lebih kuat daripada aspirin. Dr. Cooray percaya sekarang adalah masa untuk membina penyelidikan itu.

“Selain itu, kita tahu dari segi perubatan bahawa ramuan-ramuan aktif ini mempunyai ciri-ciri imunomodulator, ini bermakna ia mampu meningkatkan sistem ketahanan diri untuk menjadikannya lebih baik dan kita telah melihat bahawa fungsi ganja perubatan sebagai imunomodulator yang berlaku secara semulajadi, “katanya lagi.

Satu kajian terdahulu yang diterbitkan dalam jurnal AIDS Career, sebagai contoh, bagaimana kannabinoid mempengaruhi pesakit HIV / AIDS. Para penyelidik menemui mereka yang menggunakan ganja telah mengembangkan sistem imun yang lebih kuat dan menghasilkan lebih banyak sel T yang membunuh virus HIV.

Namun, penulis kajian berkenaan berkata “mekanisme yang dilakukan oleh ganja apabila fungsi imun dan neurokognitif tidak dapat ditentukan dari kajian semasa.” Di sinilah Dr. Cooray berharap dapat meningkatkan pemahaman kita sekarang.

“Cannalogue komited untuk melakukan kajian berkenaan. keperluannya terlalu besar dan kita perlu bertindak sekarang, “katanya kepada Yahoo.

“Kami tidak mencadangkan dengan pengetahuan terkini tentang  perubatan ganja adalah pencegahan, rawatan atau penyembuhan untuk COVID-19 atau coronavirus. Walau bagaimanapun, cannabinoid tumbuhan mempunyai ciri-ciri imunomodulator yang semulajadi yang semestinya memerlukan siasatan memandangkan pandemik COVID-19 adalah sangat membimbangkan di peringkat global sekarang. “

Sumber : The Fresh Toast

Ikuti kami di :