Angka Korban COVID-19 Di Seluruh Dunia Mencecah 175,000

Foto: Financial Times

Setelah hampir 5 bulan dunia dilanda wabak maut COVID-19, angka kematian akibat virus korona di seluruh dunia kini merekodkan 175,000 kes. Ia mencatatkan pertambahan lebih 6,000 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak empat negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mempunyai angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang mencecah 40,000 apabila mencatatkan 43,796 kes keseluruhan. Negara itu juga merekodkan pertambahan 2,221 kematian dalam tempoh 24 jam.

Ini diikuti Itali yang mencatatkan pertambahan 534 kematian dengan jumlah keseluruhan lebih 24,600.

Sepanyol menjadi negara ketiga paling teruk apabila merekodkan pertambahan 430 korban, sekali gus jumlah keseluruhan 21,000 kes.

Perancis yang melepasi angka korban 20,000 kes semalam merekodkan pertambahan 531 kes kematian dan secara keseluruhan 20,700.

United Kingdom (UK) pula mencatatkan pertambahan 868 korban baharu dan secara keseluruhan 17,300.

Kebanyakan negara-negara Eropah yang terjejas teruk sejak sebulan lalu mula menunjukkan angka kematian yang semakin menurun hari ke hari.

Berita disunting dari Awani

Ikuti kami di :