Dah Sedia Nak Masuk Pejabat? Ini Garis Panduan Baharu PKPB

Beberapa minggu lalu, rakyat  bimbang jangkitan Covid-19 ini akan berlaku kenaikan tinggi.

Bagaimanapun, negara kini berada dalam fasa pemulihan berbanding ketika tempoh pelaksanaan PKP di peringkat awal dan ia dilihat semakin baik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan nasihat kepada kerajaan sebelum tindakan seterusnya.

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menggariskan beberapa normal baharu ini merangkumi perkara-perkara berikut, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Mengamalkan langkah-langkah kesihatan:

  • Penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan
  • Memakai face-mask; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu
  • Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi:
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer
  • Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan
  • Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan:

  • Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan
  • Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti simptom Covid-19 termasuk pemeriksaan suhu badan
  • Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai
  • Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19
  • Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul

Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan:

  • Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola speak, dan kelab malam tidak dibenarkan
  • Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan
  • Majlis kenduri-kendara/rumah terbuka/aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan atau dihadkan dengan ketat

Berita disunting dari Awani

Ikuti kami di :