Kes Positif COVID-19 Telah Melepasi 4 Juta Di Seluruh Dunia

Jumlah kes positif COVID-19 terus meningkat dan belum menunjukkan tanda penurunan drastik walaupun beberapa negara di Eropah sudah mula melonggarkan perinta berkurung.

Setakat ini, 4,070,660 kes COVID-19 disahkan di 195 negara dengan 1,354,100 kes sudah pulih.

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan angka jangkitan melebihi 1 juta kes dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.32 juta kes.

Empat negara kini melepasi angka 200,000 kes iaitu Sepanyol, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Sepanyol yang sudah mula melonggarkan arahan perintah berkurung merekodkan 224,390 kes dengan 26,621 kes kematian, diikuti United Kingdom merekodkan 219,183 kes dengan 31,855 kematian, manakala Itali dengan 219,070 kes dan 30,560 kematian.

Perancis pula merekodkan 176,658 kes dengan 26,380 kematian manakala Jerman 171,780 kes.

Kes jangkita COVIDF-19 di Amerika Selatan pula mencatatkan 361,642 kes dengan 20,167 kematian, Asia Barat (225,379 kes, 7,585 kematian), Afrika (62,266 kes, 2,261 kematian).

Berita disunting dari BeritaHarian

Ikuti kami di :