Angka Korban COVID-19 Di Seluruh Dunia Mencecah 371,000.

Angka korban akibat pendemik maut COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dari hari ke hari.

Setakat awal pagi Isnin, angka itu menyaksikan kenaikan 4,000 kes kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kini melepasi 371,000.

Menurut statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) terus merekodkan angka kematian tertinggi melepasi 104,217.

United Kingdom (UK) dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 38,571 dan 33,415 kes.

Manakala negara keempat dan kelima tertinggi mencatatkan kes kematian ialah Brazil dan Perancis dengan masing-masing merekodkan 28,834 dan 28,805 kes.

Sepanyol berada di kedudukan kelima dengan angka korban melebihi 27,127.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif dengan lebih 2.53 juta pesakit disahkan sembuh dan didiscaj.

Berita disunting dari Awani

Ikuti kami di :