Sepang: Tiga Perumahan Dikenakan PKPD

Tiga taman perumahan di Sepang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula tengah malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster Covid-19 baharu membabitkan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di kawasan itu.

Taman berkenaan adalah Taman Langat Murni, Taman Langat Utama dan Taman Langat Utama 2, berhampiran Bukit Changgang.

Loporan media hasil tinjauan mendapati pemasangan pagar kawat duri di kawasan itu juga sudah dilaksanakan sejak tengah malam tadi.

Semua penduduk dan pelawat yang berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan mengakibatkan seramai 24 warganegara Bangladesh dijangkiti wabak itu.

Kluster berkenaan dikenal pasti sebuah klinik swasta yang bertanggungjawab mengadakan saringan terhadap pekerja syarikat berkenaan.

20 individu yang dikesan dijangkiti menginap di dalam sebuah asrama di kawasan itu, manakala empat lagi individu di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan.

Berita disunting dari Harian Metro

Ikuti kami di :