“Hari ini dia dah terbalik dunia ini, saya buat laporan saya pula yang diancam”- Asri Janggut

Beberapa hari lalu dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia, mendedahkan kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing telah mendapat respon dari pelbagai pihak.

Video pertama berdurasi 13 minit 28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, manakala satu lagi video berdurasi 8 minit 29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Hari ini dia dah terbalik dunia ini, saya buat laporan saya pula yang diancam hari ini”.

Itulah luahan pengasas rangkaian Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid berhubung pendedahan mengejutkan kewujudan kedai judi dan rokok seludup secara haram yang dibuatnya di Facebook Live sebelum ini.

Mohd Asri pada hujung minggu lalu membuat pendedahan mengenai kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Dalam video luahan terbaru yang dimuat naik di akaun Facebook Malakat Tribune itu, Mohd Asri berkata dia kini berasa terancam selepas pendedahan yang dibuatnya.

Untuk rekod, pendedahan yang dibuatnya mula tular dan turut menarik perhatian pihak berkuasa seperti pihak polis dan juga Majlis Perbandaran Shah Alam dengan laporan polis juga telah dibuat terhadapnya oleh pihak polis.

“Tuan-tuan tahu tak kesan dia (pendedahan) apa yang berlaku, bukan di daerah Sungai Buloh sahaja, semua daerah (yang ada) kedai judi terjejas.

“USJ ke Puchong, Ulu Yam, Batang Kali, Selayang ke Gombak ke semua kedai judi terjejas.

Pendedahan mengejutkan yang dibuat beliau sebelum ini menurut Asri telah memberi kesan kepada pihak-pihak yang terlibat dan membuatkan mereka tidak senang duduk dengan pendedahan yang dibuatnya mengenai kegiatan haram tersebut.

“Semua pihak jadi panas punggung, masyarakat duduk kecam, tular lagi, jadi benda ni dikecam.

“Akhirnya saya jadi berbahaya. Jadi pelik benda ni, pelik,” luahnya dalam video berdurasi lebih 10 minit di Facebook itu.

Tidak sahaja menceritakan bagaimana pendedahan itu membuatkan dirinya terancam namun Mohd Asri dalam video tersebut juga menceritakan dengan panjang lebar situasi yang dihadapinya.

Anda boleh menonton perkongsian penuh daripada Mohd Asri di Youtube Malakat Tribune di bawah.

Sumber: TheVocket

Ikuti kami di :