Permulaan Islam Di Alam Melayu

Perniagaan

Islam tersebar melalui akhlak dan tingkah laku para pedagang yang terpuji dengan mendekati Istana pada zaman kegemilangan Kerajaan Melaka.Menurut catatan China,pedagang-pedagang Islam sudah ada di Kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi.

 Aktiviti perniagaan  yang berkembang pesat ketika itu telah membawa kedatangan Islam ke Alam Melayu. Pedagang Islam dipercayai telah mendirikan Koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan Perdagangan. Selain menjadi pedagang, saudagar-saudagar tersebut menjalankan kegiatan dakwah di kawasan yang disinggahi.

Pemerintahan

Melalui penaklukan, Islam telah tersebar ke beberapa buah negeri.

Dua buah Negara yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui usaha penaklukan ialah Melaka (pada abad ke-15) dan Acheh (pada abad ke-16 dan 17). Pada zaman keagungan Melaka, ia telah menakluki banyak daerah dari negeri semenanjung dan juga Sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain lagi.

Melalui penaklukan ini, Islam telah tersebar ke negeri-negeri tersebut. Kebiasaan raja di sesebuah negeri yang ditawan tidak sukar diIslamkan kerana secara sukarela mereka menerima Islam sebagai satu langkah untuk mendapat layanan yang baik daripada pemerintah Negeri yang menawannya. Biasanya selepas raja negeri yang ditawan memeluk Islam ia akan diikuti oleh rakyat.

Lantaran melihat betapa pentingnya Islam mempunyai Raja atau Sultan sebagai pengabsahan kedaulatan syariah Islam. Hal demikian kerana apa pun perbahasan dan keputusan para ulama akan sesuatu hukum tidak akan menjadi sesuatu yang legal melainkan adanya titah raja berdaulat.

Justeru, para ulama telah memanfaatkan keadaan sosial politik ketika itu yang berpaksikan kepada kedaulatan Raja secara belakang tabir. Ini kerana para ulama menjadi penasihat kepada raja sekali gus menggunakan pengaruh raja untuk menyebarkan Islam.

Sebagai contoh, peranan Tokku Paloh, Tok Pulau Manis dan Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani yang merupakan ulama yang berdamping dengan Raja atau Sultan ketika itu. Sebahagian ulama megambil peranan menjadi Raja atau Sultan pemerintah apabila melihat adanya ruang dan kerajaan sedia ada tidak dapat berperanan.

Perkahwinan

Ramai ulama yang datang ke Alam Melayu berkahwin dengan puteri-puteri daripada kalangan pembesar. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri. Perkahwinan juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar tempatan menerima Islam, maka secara tidak langsung akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambah bilangan penduduk yang memeluk Islam.

Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah Negara dengan Puteri Raja dari Negara lain. Proses ini biasanya dipanggil perkahwinan siasah. Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah Negara. Umpamanya perkahwinan Puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka.

Begitulah juga perkahwinan anak-anak  Raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua Negeri menjadi Islam kemudiannya.

Para Ulama yang datang ke Wilayah Nusantara juga telah berkahwin ramai (lebih daripada seorang) untuk meramaikan zuriat. Isteri-isteri mereka datang dari golongan pembesar dan wilayah yang berbeza. Kemudian ,anak keturunan para Ulama yang ramai ini menyambung perjuangan nenda mereka.

Persilatan

Persilatan di Alam Melayu telah membawa pengaruh yang besar dalam membentuk jati diri, tauhid, adap dan siasah para penuntutnya. Salasilah perjalanan silat bersambung kepada para Ulama dan dikatakan asal Kalimat “silat”  adalah daripada “silaturahim”.

Tujuan silat adalah menjaga silaturahim bukan meyombong diri apatah lagi bermusuh sesama anak bangsa. Setiap jurus silat ada seni dan falsafah tauhid. Wasilah persilatan sangat menarik anak muda khsusnya untuk berlajar. Dalam pembelajaran,guruakan mengajar ilmu agama,solat dan akhlak dan tasawuf (yang ditekankan tidak boleh meyombong diri)

Setiap silat ada gerak dan falsafahnya. Namun terasnya ialah Tauhid dan jait diri. Sebagai contoh,  teras pendidikan Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong merupakan  salah satu daripada seni silat melayu tertua dan telah terbukti mampu menjadi wadah untuk mempertahankan akidah dan maruah umat Islam.

Perubatan.

Sejarah mencatatkan bahawa perubatan menjadi satu wasilah penting dalam penyebaran Islam di Nusantara. Contohnya, Kisah Maulana Malik Ibrahim. Ketika Maulana Malik Ibrahim sampai di Tanah Jawa , Kerajaan Majapahit berada diambang keruntuhan disebabkan perang saudara merebut tahta. Keadaan pada masa itu dipenuhi dengan rusuhan, rompakan dan masalah sosial , kebuluran  serta wabak penyakit.

Maulana Malik atau gelaran Sunan Gersik membuka tempat rawatan dan menjadi tabib. Proses rawatan beliau mengunakan doa-doa yang diambil daripada al-Quran serta ramuan daun-daunan. Dengan izin Allah , Ia meyembuhkan penyakit. Beliau seakan-akan menjelma menjadi “penolong” bagi masyarakat  Jawa ketika itu. Apatah lagi beliau tidak pernah minta dibayar.

Dalam Komuniti masyarat Hindu di kawasan itu, beliau cepat dikenali kerana beliau tidak mengikut sekatan kasta yang menjadi lumrah dalam pegangan penganut Hindu. Beliau malah memperlakukan semua orang sama darjat.

Maulana Malik Ibrahim menjelaskan bahawa dalam ajaran Islam , semua manusia sama darjat d sisi Allah melainkan mereka yang bertakwa kepada Allah. Dalam perubatan , para pesakit akan menyerah diri untuk diubati, makan para ulama megambil peluang menjaga Tauhid sambil memberi amal zikir ( dalam fasa penyembuhan) kepada pesakitnya.

Pendidikan.

Hampir semua Ulama mendirikan madrasah, pondok atau pesantren menyiapkan generasi menguasai disiplin lmu Islam secara menyeluruh agar lahirnya ulama rabbani mentarbiah umat.

Sudah pasti para ulama juga mengunakan wasilah pendidikan dalam penyebaran agama Islam. Jika kita pecahkan lagi, pergerakan pendidikan terbahagi kepada tiga :-

  1. Penulisan, Karya para Ulama Nusantara baik berupa cetakan atau masih dalam bentuk menuskip atau tulisan tangan jumlahnya sangat besar. Salah satu sumber dari Acheh menyebut khusus karya ulama di Acheh sebelum terjadnya Tsunami sahaja diperkirakan mencapai 10,000 naskhah. Karya-karya Ulama lainnya tersebar luas di pelbagai wilayah Indonesia seperti Banten, Jawa Tengah, Jawa Timur,  Banjarmasin ,Palembang ,Makassar, Gowa ,Bone ,Lampung, Acheh,Tanah Melayu, Fathani, Champa dan sebagainya. Tokoh-tokoh Ulama besar Nusantara  yang memilki karya-karya Phenomenal juga  tersebar di perbagai wilayah Nusantara.
  2. Madrasah, boleh dikatakan hampir semua Ulama mendirikan madrasah, pondok atau pesantren menyiapkan generasi menguasai disiplin lmu Islam secara menyeluruh agar lahirnya ulama rabbani mentarbiah umat.
  3. Penyucian Jiwa (Ilmu tasawuf). Selain menyebarkan Fiqh dan Ilmu Syariat yang lain, para Ulama terdahulu sangat prihatin tentang proses sulukiah rohaniah para murid dan masyarakat yang menjadi dasar dalam sistem pendidikan di Madrasah. Ulama turun padang dalam masyarakat untuk mengajar zikir, membimbing sulukiah hingga hati-hati murid mencapai perubahan dan hal ehwal keasyikan syuhudiah kepada Allah dan mahabbah (cinta) kepada Rasul hingga lahir akhlak tasawuf kepada diri mereka. Oleh sebab para pendakwah yang datang ke Nusantara dahulunya kebanyakan Ulama sufi, pendekatan mereka sangat berhikmah dan berakhlak tinggi menjadi sebab orang tertarik pada Islam.

Pembudayaan

Apabila berbicara tentang kaedah dakwah melalui kesenian , pasti megingatkan nama Sunan Kalijaga antara Ulama yang menonjol dan kehadapan dalam metodologi dakwah kesenian.

Kisah Sunan kalijaga tidak pernah padam dalam kalangan masyarakat pesisir utara Jawa Tengah hingga Cirebon. Caranya berdakwah diangap berbeza dengan para wali lain. Sunan Kalijaga telah mengusahakan dakwah dengan seni budaya yang mengakar dalam dalam masyarakat Majapahit.

Misalnya melalui wayang, gemelan, tembang, seni ukir dan batikyang sangat popular pada masa itu.Tercatatnya bahawa Sunan Kalijaga sebagai pengubah beberapa tembang. Antaranya ialah Dandangula Semarangan, iaitu paduan melodi Arab dan Jawa.

Tembang lainnya ialah Ilir-ilir, meskipun ada yang menyebut sebagai karya Sunan Bonang. Liriknya mempunyai tafsir yang sarat dengan dakwah. Misalnya, “Tak ijo royo-royo dak sengguh penganten anyar”. Ungkapan “ijo royo-royo” bermakna hijau, iaitu lambang Islam. Sedangkan Islam sebagai agama baharu dianalogikan sebagai “pegantin anyar” iaitu pegantin baru.

Peningalan Sunan kalijaga pada gemelan yang diberi nama Kanjeng Kyai Nagawilaga dan Kanjeng Kyai Guntur Madu. Kini, gamelan tersebur disimpan di Keraton Jogjakarta dan Keraton Surakarta seiring dengan berpindahnya kekuasaan Islam ke Mataram. Pasangan gamelan itu kini dikenali sebagai Gamelan Sekaten.

Karya Sunan Kalijaga yang paling menonjol ialah wayang kulit. Ahli sejarah mencatatkan bahawa wayang yang digemari masyarakat sebelum kehadiran Sunan Kalijaga ialah wayang beber. Wayang jenis ini ialah wayang yang di atas kertas yang bergambarkan kisah wayang.

Bukan sahaja Sunan Kalijaga, Para Wali Songo lain juga semuanya ada mengarang lagu dan Kesenian untuk mendekati masyarakat Jawa ketka itu yang kalah dengan seni.

Media seni budaya yang turut diguna pakai dan diasaskan oleh Wali Songo iaitu tembang-tembang. Antaranya ialah tambang mijil, sinom, asmaradhana, dhandanggula, mas kumandang , pangkur, megatruh, pucung, kinanthi dan gambuh. Termasuk juga melalui pagelaran wayang yang ceritanya diadaptasi dan disesuaikan dengan nilai ajaran Islam. Antaranya ialah Jamus Kalimasada, Dewa Ruci, Arjuna Wiwaha dan lain-lain.

Hari ini kita dapat melihat trend bacaan maulid, nasyid, qasidah dan selawat dengan pelbagai gubahan dan lagu karangan Ulama telah didendangkan di majlis keramaian. Tidak lagi terhad di bulan maulid. Ramai anak muda dan kanak-kanak menyertai dan megambil bahagian.

Lirik yang berunsurkan kisah dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w telah menjadi asbab hidayah kepada hati yang dulunya keras. Buat para sahabat yang keras menentang atas alasan bidaah(walhal punca daripada kefahaman sempit sendiri), lapangkan dada untuk melihat hal ini sebagai pendekatan dakwah.

Rujukan : Manusia dan Islam

Ikuti kami di :