‘Kereta Terbang’ Jepun Berjaya Terbang Selama 4 Minit

Impian manusia selama puluhan tahun untuk berkeliaran di langit semudah memandu di lebuh raya mungkin bukan lagi satu khayalan.

Jepun SkyDrive Inc., antara salah satu firma yang membangunkan pelbagai projek “kereta terbang” di seluruh dunia, telah melakukan penerbangan ujian yang berjaya walaupun sederhana dengan seorang juruterbang yang memandu di dalamnya.

Dalam sebuah video yang didedahkan kepada wartawan pada  Jumaat lepas, alat yang kelihatan seperti sebuah motosikal dengan beberapa set bilah kipas  mengangkat kenderaan berkenaan  1 hingga 2 meter  dari permukaan, dan melayang di kawasan gelanggang yang berjaring  selama empat minit.

Tomohiro Fukuzawa, yang mengetuai usaha SkyDrive, berkata  dia berharap impian orang ramai untuk memiliki “kereta terbang” dapat menjadi kenyataan pada tahun 2023, namun dia mengakui bahawa membuat kereta terbang yang  selamat adalah penting dan sangat sukar.

Jentera berkenaan dapat terbang hanya dalam jarak lima hingga 10 minit tetapi jika ia dapat menjadi 30 minit, ia akan memiliki lebih banyak potensi, termasuk eksport ke tempat-tempat seperti China, kata Fukuzawa.

Tidak seperti kapal terbang dan helikopter, eVTOL, atau “electric vertical takeoff and landing,” secara prinsipnya adalah sebuah kenderaan yang menawarkan perjalanan peribadi dari titik ke satu titik dengan lebih cepat.

Dengan ini, ia dapat mengatasi masalah kerumitan trafik di lapangan terbang dan kesesakan lalu lintas selain pengambilan juruterbang, kerana jentera ini dapat terbang secara automatik.

Saiz bateri, kawalan lalu lintas udara dan masalah infrastruktur lain adalah antara banyak cabaran untuk kenderaan ini dikomersialkan kelak.

Projek SkyDrive bermula sebagai projek sukarelawan yang dikenali sebagai ‘Cartivator’ pada tahun 2012, dengan mendapat pembiayaan oleh syarikat Jepun terkemuka seperti  Toyota Motor Corp., syarikat elektronik Panasonic Corp. dan pengeluar  permainan video Bandai Namco.

Penerbangan demonstrasi kali pertama yang dilakukan oleh SkyDrive  tiga tahun lalu tidak berjalan lancar. Tetapi ia telah bertambah baik pada penerbangan kali ini yang dilakukan di Lapangan Uji Toyota di Tengah Jepun. Projek SkyDive kali ini telah mendapat pembiayaan sebanyak 3,9 bilion yen dari Bank Pembangunan Jepun.

Terjemahan techxplore.com

Ikuti kami di :