Miliki Rambut Tertinggi, Lelaki Amerika Pegang Rekod Dunia

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) memegang rekod baharu Guinness World Records apabila memelihara rambut gaya mohawk paling tinggi di dunia.

Menurut laporan Guinness World Records, rambut Joseph Grisamore itu mencecah 1.08 meter tinggi atau 42.5 inci.

“Kali pertama saya dimaklumkan muncul pemegang rekod Guinness World Records, saya rasa berada di puncak.

“Impian menjadi kenyataan selalu menjadi pengalaman yang penuh kesyukuran,” katanya.

Kejayaan diraih Grisamore bukanlah sesuatu perjalanan mudah.

Menurut Guinness World Records, selepas meninggalkan percubaan pertamanya dalam merebut gelaran pada 2006, Grisamore mendandan rambutnya menjadi ala dreadlocks.

Tetapi gaya ini tidak kondusif untuk kategori mohawk sebelum dia bermula dari awal membiarkan rambutnya tumbuh hingga memperbaiki rekodnya pada tahun lalu.

Jika tidak dalam gaya mohawk, Grisamore berkata, dia lebih gemar menyimpan rambutnya dalam gaya ‘braids’.

“Pergerakan saya selalu terhad. Biasanya pintu tidak boleh lebih daripada 2.1 meter, siling 2.7 meter dan sukar masuk ke dalam kereta.

“Tetapi, saya sering menjadi tumpuan ramai,” katanya.

Terjemahan guinnesswordrecord.com

Ikuti kami di :