‘Six Thinking Hat’: Enam Cara Berfikir Menurut Edward De Bono

Manusia merupakan makhluk yang dianugerahkan akal fikiran Oleh Allah, dengan adanya akal fikiran tersebut sudah tentunya kita dapat manfaatkan untuk berfikir. Namun tahukah kita apa itu berfikir.

Berfkir adalah daya jiwa yang dapat meletakkan hubungan-hubungan antara pengetahuan kita. Berfikir merupakan proses yang dialektis, ertinya selama kita berfikir dalam keadaan ‘tanya jawab’ untuk dapat meletakkan hubungan pengetahuan kita. Sebagai contoh kita dengan mudah dapat menyelesaikan soalan berikut :-

2×2 =

3×5 =

7×1 =

Jika dengan mudah menyelesaikannya, ia kerana kita sudah menghafalnya. Namun cuba dengan pantas selesaikan soalan berikut :-

23×15 =

87×43 =

43×29 =

Maka kita sedang lakukan proses berfikir. Kita harus memahami dahulu sebuah pengetahuan/infomasi cara menyelesaikan soalan tersebut, baru kemudian kita dapat menyelesaikan soalan tersebut. Jadi bukan kerana kita bijak atau bodoh, tetapi tentang bagaimana kita mengetahui infomasi cara menyelesaikan soalan tersebut atau tidak.

llmu berfikir sangat penting dalam mengambil sesuatu keputusan bagi menghasilkan keputusan dengan tepat dan cepat serta mampu menganalisa dengan lebih luas,bersih,objektif dan sistematik.

Menurut Dr.Edward de Bono, berfikir sebagai sesuatu keterampilan untuk mendayagunakan kecerdasan berdasarkan pengalaman. Edward de Bono adalah seorang psikologi yang menulis buku bertajuk Six Thinking Hats pada tahun 1985. Menurutnya manusia memiliki enam cara berfikir diibaratkan enam buah topi. Edward De Bono seorang pakar terkemuka dalam mengerjakan keterampilan berfikir dan mengagaskan konsep berfikir lateral.

Pernah satu ketika Edward di datangi seorang pengurus Syarikat yang menyatakan tentang lif di syarikatnya terlalu lambat naik dan turun kerana lif tersebut terlalu lama dan uzur. Namun jika diganti kosnya terlalu besar dan diluar kemampuan syarikat tersebut.

Edward dengan santai menjawab “Lif terlalu lambat ya? Jadi buatlah ia terasan cepat” lalu pengurus syarikat itu jadi blurr. Edward menyarankan agar lif tersebut dipasangkan cermin di setiap sisi dalam lif. Selepas dipasang pengurus tersebut tidak lagi merasa lif tersebut lambat.

Pada saat mengunakan lif pekerja syarkat tersebut sibuk memerhatikan diri mereka sendir di depan cermin. Ini adalah contoh berfikir secara lateral/menyamping dengan mencari solusi diluar kebiasaan. Untuk berfikir ternyata ada caranya, berikut adalah cara berfikir mengikut Dr.Edward de Bono :-

  • Berfikir Mewakili sifat Natural dan Objektif. (Putih)

Ertinya kita mengumpul informasi yang diperlukan sebanyak-banyaknya, infomasi ini merupakan fakta, data dan grafik natural dan objektif yang bersifat infomasi bukan interpretasi. Data seperti angka-angka , fakta pula adalah sebenarnya atau bukti bukan anggapan. Cara berfikir ini sangat penting kerana dari setiap keputusan yang dibuat bergantung dari kualiti infomasi yang kita simpan.

  • Berfikir mengunakan Emosi dan Perasaan.(Merah)

Ertinya berfikir tampa memerhatikan fakta, baik yang positif mahupun negatif tampa perlu ambil kisah alasan yang logik. Ianya juga lebih bergantung naluri dan intuisi. Naluri dan intuisi sering memberi arah dan hal yang bercangah dari fakta dan infomasi dan lebih senang berfikir melalui firasat untuk megambil sesuatu keputusan. Namun jangan mengikut perasaan sahaja, sebab tampa sudut pandangan yang lain, keputusan kita boleh jadi salah.

  • Berfikir mengikut Manfaat dan Keuntungan.(Kuning)

Ertinya berfikir dan melihat dari sudut pandang yang positif, optimis dan melihat adanya harapan atau kesempatan untuk lebih baik. Jika sebelum ini kita berfikir mengunakan emosi dan perasaan lebih nampak negatif berbanding positif dan idea yang tak masuk akal , maka gabungkan fikiran tersebut dengan berfikir mengikut manfaat dan keuntungan. Kita mampu mengexplorasi dengan lebih lanjut, memiliki nilai atau layak di implementasikan.

Berfikir begini akan membantu kita untuk terus melangkah ketika segalanya nampak tegang. Sebagai contoh, permulaan sesuatu perniagaan itu memerlukan kos yang tinggi namun bila kita pandang manfaat jangka masa panjang dan potensi mengembangkannya pada masa akan datang. Keputusan yang bakal kita buat akan berubah dari kita hanya berfikir mengikut emosi dan perasaan sahaja. Berfikir begini melambangkan cahaya dan optimis, ia lebih fokus pada alasan yang logik dan positif tetap masuk akal.

  • Berfikir negatif, penilaian, kelemahan, audit (Hitam)

Berfikir kritis kemungkinan tidak terlaksana idea yang ada,disini kita berfikir risiko apa saja bakal terhasil mencari keburukan dan risiko terbesar yang akan dihadapi dengan melambangkan hati-hati, logik negatif dan melihat kesemuanya dari sudut yang buruk dari sesuatu keputusan. Melihat dengan penuh hati-hati, melihat senario yang terburuk yang kemungkinan bakal muncul. Mengekplorasi situasi apa saja yang tidak mungkin bagi suatu idea tersebut untuk dilaksanakan, masalah apa saja yang berpontensi muncul atau apa yang menyebabkan rencana gagal untuk dilakukan.

Kita mempertimbangkan apa saja rintangan yang akan dihadapi dan kelemahan apa saja yang ada di dalam rencana kita. Berfikir begini sangat baik selepas sesi

berfikir mengikut manfaat dan keuntungan, sebelum sesuatu idea atau rencana diwujudkan dalam tindakan adalah penting bagi kita untuk mengetahui titik lemah dari rencana kita. Kita dapat rencana atau menyiapkan rencana cadangan jika sesuatu yang buruk bakal terjadi. Berfikir begini membantu menyusun rencana yang lebih baik dan teguh.

  • Berfikir secara kreatif atau diluar Kotak (Hijau)

Saat berfikir begini, biarkan otak kita membuat altenatif yang sebanyak mungkin tanpa mempertimbangkan kemungkinan negatif dari idea tersebut.Tujuannya supaya otak kita tidak terkejar-kejar tampa berfikir logik.Kumpulkan idea altenatif segila mungkin tampa batas.

Ada satu kisah klasik yang mana seorang peniaga coklat yang dituntut membuat inovasi baru untuk meningkatkan penjualan. Namum peniaga ini pening kerana hampir semua coklat sudah pernah ada di pasaran. Suatu ketika peniaga berkenaan terjumpa dengan tukang sapu dan dia menceritakan hal yang memeningkan dia.Tukang sapu itu dengan santai memberi idea agar coklat dibuat dengan warna putih. Sejak saat itu peniaga coklat itu mengusahakan dan berhasil membuat coklat berwarna putih. Hasil dari keputusan itu ia mendapat perhatiaan umum.

Ini adalah contoh permikiran di luar zon,dimana lazimnya coklat berwarna coklat. Berfikir begini menggalakkan pertumbuhan idea baru yang kreatif. Ianya juga membuat kita kenal pasti kesulitan dari fikiran berfikir Negatif dan menilai kelemahan. Meninggalkan idea lama dan beralih kepada perspektif baru dan perubahan.

  • Organisasi Berfikir (Biru)

Dari semua teknik  berfikir dalam menghadapi masalah ,kita akan menyajikan dengan teknik berfikir yang mana dahulu. Jadi sekiranya ada idea baru muncul di dalam kepala. Gunakan teknik ini terlebih dahulu untuk memilih seni berfikir mana patut digunakan. Enam teknik berfikir merupakan salah satu teknik yang baik dalam megambil sesuatu keputusan.Teknik ini mungkin boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dalam proses mengevolisi rencana kerja.Teknik ini membantu melihat dari berbagai perspektif penting yang berlainan,hingga mampu melihat sesuatu secara menyeluruh sebelum keputusan dibuat.

Dari apa pun cara atau teknik berfikir  yang paling penting adalah ilmu.Untuk mendapat ilmu kita perlu berlajar kerana bila kita berfikir tanpailmu  ianya sangat merbahaya. Jadikan diri kita lebih ghairah untuk mencari ilmu dan bagi orang muslim sangat beruntung untuk mempelajari ilmu agama kerana ia merupakan garis panduan untuk setiap tindakan dan keputusan kita.

Ikuti kami di :