Merakam Gambar Wanita Arab Saudi, Anda Mungkin Di Penjara

Tahukah anda? Merakan gambar wanita Arab Saudi merupakan satu kesalahan dan anda bakal berdepan dengan hukuman penjara.

Arab Saudi bertindak tegas menahan individu yang merakam gambar orang lain tanpa mendapat kebenaran mereka terlebih dulu, bagi membendung peningkatan amalan seumpamanya sejak kebelakangan ini.

Agensi Berita Saudi melaporkan, seorang pemandu teksi di Riyadh ditahan polis baru-baru ini atas dakwaan merakam gambar seorang penumpang wanita tanpa mendapat kebenarannya terlebih dulu.

Jurucakap Polis Riyadh, Mejar Khaled Al Kridis, berkata dia ditahan di bawah undang-undang pencegahan jenayah siber.

“Selain kesalahan merakamkan gambar penumpang itu secara rahsia, dia turut didakwa kerana menyebarkannya di media sosial.

Kes pemandu teksi warga Pakistan berusia dalam lingkungan 60an itu kini diserahkan kepada pihak pendakwa raya Arab Saudi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, perkembangan teknologi telefon bimbit yang dilengkapi dengan kamera canggih, sekali gus memudahkan rakaman gambar secara spontan, menjadi punca masalah itu.

Kebanyakan gambar disimpan sendiri, namun ada yang memaut naik di laman sosial dan tidak semua yang terbabit itu merelakan gambar mereka dirakam. apatah lagi dikongsi tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa perbuatan merakamkan gambar tanpa kebenaran menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh dihukum penjara setahun dan didenda 500,000 riyal (RM556,000).

Berita disunting dari Berita Harian

Ikuti kami di :