Penderaan Seksual: Kanak-Kanak Ini Menggambarkan Detik Hitam Kejadian Dalam Betuk Lukisan

Penderaan seksual kanak-kanak adalah aktiviti seksual yang dilakukan oleh individu yang lebih dewasa dengan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu mereka yang tidak terkawal.

Menurut MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa perilaku yang dikategorikan sebagai penderaan seksual iaitu, sebarang bentuk perlakuan orang dewasa yang memaksa, memujuk, mengugut atau menggunakan tipu helah untuk memperdaya kanak-kanak seperti;

Sentuhan Fizikal

  • Ciuman, rabaan, seks oral dan memaksa kanak-kanak menyentuh/membelai/mengusap alat sulit orang dewasa.
  • Memasukkan alat sulit zakar/alat sulit/jari/objek ke dalam faraj, mulut atau dubur.

Perlakuan Yang Tidak Melibatkan Sentuhan

  • Menunjukkan gambar atau video pornografi kepada kanak-kanak.
  • Memaksa / mengeksploitasi kanak-kanak untuk mendedahkan tubuh, bercakap perkara yang berunsur lucah secara lisan atau melalui memperdaya kanak-kanak melalui internet siber / media sosial contoh wechat, whatsapp dan sebagainya.

Penderaan seksual kanak-kanak mampu menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak dan kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi bagi jangka pendek dan jangka panjang, termasuk kemurungan klinikal, kecacatan tekanan post trauma (post-traumatic stress disorder), kerisauan, kecenderungan bagi menjadi pemangsa apabila dewasa, dan simptom lain.

Beberapa lukisan yang dibuat oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual telah dimuatnaik dalam satu hantaran di instagram forensic.afcj.

Gambar-gambar yang memaparkan rajah yang dilukis oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa dera serta kisah di sebalik gambar berkenaan oleh mangsa.

Toni 6 tahun

Mangsa telah mengalami penderaan seksual di persekitaran keluargannya sendiri. Ketika diminta untuk memberi keterangan tentang penderaan yang berlaku, dia mengatakan bahawa “orang itu adalah monster” dan telah melukis rajah seperti apa yang dilihat sebagai organ seksual dan bagaimana pelaku mengalami ejakulasi.

Victor 7 tahun

Didera pada usia 4 tahun oleh ayahnya . Sekarang dia diajar. Victor telah melukis tentang apa yang telah dilakukan oleh bapanya ketika didera. Pada rajah berkenaan dapat dilihat garis yang pergi dari mulut ke kawasan kemaluan mewakili lidah.

Andera 10 tahun

Andrea telah mengalami penderaan seksual di persekitaran keluarga sendiri. Andrea melukis bagaimana pelaku menyentuhnya dan bagaimana dia harus menyentuh pelaku. Andrea malu untuk bercakap tentang apa yang berlaku padanya. Dia bersetuju untuk tidak bercakap, tetapi menulis “ya” atau “tidak” untuk soalan di atas kertas.

Ester 9 tahun

Ester telah mengalami penderaan seksual oleh keluarga sendiri. Esther membuat sketsa bagaimana dia harus memposisikan dirinya ketika diperlakukan oleh si pelaku. Dia mengatakan bahawa pelaku memeluk dan menusuknya dari belakang.

Elisa 7 tahun

Elisa mengalami penderaan seksual di persekitaran keluarga. Pakar psikologi memintanya untuk melukis perasaannya ketika didera. Elisa menggambarkan dirinya, menjerit, tidak berpakaian dan dengan mata dan mulutnya terbuka lebar, menyatakan rasa takut yang dia rasakan ketika dia menderita ketika penderaan.

Marcos 9 tahun

Dia telah mengalami serangan fizikal dan seksual berulang kali oleh rakan sekelasnya. Dalam gambar ini, dia mewakili penyerangnya, dengan kepala kecil, tangan besar dan perincian dalam pakaian pelaku, terutama zipp pada seluar, di mana bermulanya episod hitam pada dirinya.

Joan 8 tahun

Dia telah mengalami penderaan seksual. Dalam lukisan ini Joan menggambarkan penyerangnya dimasukkan ke dalam sangkar, ditutup dengan ‘padlock’. Kuncinya ada di sudut kanan atas, dilindungi oleh timbunan duri, supaya penyerang tidak dapat mengambilnya.

Marina 5 tahun

Marina didera secara seksual sejak usia 4 tahun oleh bapanya. Lukisan menggambarkan filem pornografi yang ditonton bersama bapanya. Marina mengatakan tentang watak-watak yang dia lihat bahawa “mereka telanjang dan melakukan perkara yang merepek.” Garis bulat mewakili bingkai televisyen.

Isabel 8 tahun

Dia mengalami penderaan seksual oleh keluarga sendiri. Di bahagian kanan bawah gambar, Isabel bersama pelaku. Dia menjelaskan, bahawa pelaku akan mengangkatnya ke kerusi untuk berada pada ketinggian yang sama dengan pelaku dan melakukannya dari belakang. Sementara adik lelakinya di kiri atas berada di pintu memerhatikan apa yang berlaku.

David 8 tahun

David telah mengalami penderaan seksual. David menggambarkan pelaku dengan mata bercahaya, terutama pada organ seksual. Di sebelah, tertulis kata-kata yang berkaitan dengan penderaan yang dialami. “Orang yang menyakiti saya dan saya akhirnya mengatakan bahawa benar bahawa dia melakukannya kepada saya.”

Elena 8 tahun

Elena menderita didera secara seksual oleh ayahnya. Sekarang dia tinggal dalam jagaan neneknya. Lukisan itu menggambarkan bapanya, yang digambarkan sangat muda dan melakukan hubungan seks dengannya. Elena menulis: “ayah berkelakuan buruk.” Lakaranbesar pada gambar, tersenyum, adalah neneknya yang menjaganya dan melindunginya

Di Malaysia, 90 peratus penderaan seksual tiada bukti

Walaupun gambar-gambar berkenaan bukanlah terjadi pada kanak-kanak di Malaysia, tetapi kejahatan ada di mana-mana.

Hampir 90 peratus kes penderaan seksual yang membabitkan kanak-kanak dan remaja Orang Kurang Upaya (OKU) tidak mempunyai bukti kukuh.

Keadaan itu disebabkan kebanyakan penderaan dialami adalah berbentuk mental iaitu lebih kepada kesan psikologi ke atas kanak-kanak terbabit.

Pensyarah dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Unit Ginekologi Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Ani Amelia Zainuddin, berkata kekurangan bukti menyebabkan banyak kes tidak dapat di bawa ke mahkamah.

Katanya, ada ibu bapa ibu bapa pula ‘melarikan’ anak yang mengalami penderaan atau gangguan seksual daripada mendapat pembelaan.

Penderaan hanya disedari menerusi pengakuan kanak-kanak atau remaja berkenaan.

“Kebanyakan kes dirujuk kepada unit kami, mangsa tidak ada petanda didera secara fizikal walaupun kadang-kadang terdapat lebam atau kesan koyakan.

“Penderaan hanya dapat dilihat menerusi trauma yang dihadapi mangsa, sebagai contoh mengalami mimpi ngeri ketika tidur malam atau bercerita perlakuan membuka seluar dan menunjukkan kemaluan kepadanya. Kita kena percaya kata-kata anak kerana mereka tidak akan menipu ,” katanya.

Setiap tahun kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak terus merekodkan peningkatan ia memerlukan satu rangkaian kerjasama daripada jabatan dan agensi kerajaan untuk membendungnya terutama dalam aspek mendidik sebagai langkah pencegahan.

Sebanyak 1,921 kes daripada 3,308 kes penderaan yang dilaporkan kepada Pasukan Penderaan dan Pengabaian Kanak-Kanak Yang Disyaki (SCAN) di hospital seluruh negara pada 2018 adalah kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Peranan utama ibu bapa juga sangat penting dalam memberi penerangan mengenai jenayah seksual kepada kanak-kanak agar mereka faham mengenai had dan batasan sentuhan seseorang terhadap mereka yang boleh mengelak jenayah ini terus berleluasa.

Rujukan

Instagram https://www.instagram.com/forensic.afcj/

Berita Harian https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/08/595980/90-peratus-penderaan-seksual-tiada-bukti

MalaysiaKini https://www.malaysiakini.com/news/473310

Ikuti kami di :